Home Dunia “Arshan dah jadi abang…” -Emma Maembong Selamat Bersalin Anak Kedua

“Arshan dah jadi abang…” -Emma Maembong Selamat Bersalin Anak Kedua

278
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok shazli.a, dan telah ditular baru-baru ini.

Muhammad Shazli Azhar merupakan seorang juruterbang dan suami kepada Emma Maembong, mereka berdua telah berkahwin pada 20 Februari tahun 2020. Emma Maembong dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah serta mendapat sambutan dari penonton.

Klip durasi pendek ini telah disiarkan oleh Shazli yang menyatakan bahawa isterinya iaitu Emma Maembong telah selamat melahirkan anak lelaki yang kedua di akaun Instagram nya. Beliau juga mengatakan Emma bersalin dalam keadaan normal dan bayi seberat 3.4kg. Shazli turut bersyukur dengan kurniaan yang diberi oleh-Nya dan anak sulungnya iaitu Shariq Gabriel telah mendapat adik lelaki.

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan tahniah kepada Emma Maembong selamat melahirkan anak lelaki yang kedua. Ada juga beberapa selebriti memberi ucapan tahniah kepada pasangan ini. Perkongsian video klip di Instagram ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 27.1K sukaan dan 417 komen.

Shazli juga menulis satu kapsyen di posting nya seperti dibawah:

“Alhamdulillah, @emma_maembongofficial we got another one, baby boy coming in hot at 3.4kg normal labor , Allah is the greatest. @shariqgabriel big brother now”

Baca lagi: “Takda org ambil makanan untuk aku masa buka puasa” -Emma Maembong

Baca lagi: Lufya Dituduh ‘Mata Duitan’, Buat Tuntutan Mutaah Dengan Nilai Yang Tak Masuk Akal

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shazli (@shazli.a)

Lihat apa juga kata orang ramai:

Screenshot 2023 05 10 150133

Screenshot 2023 05 10 150014

Tahniah Emma Maembong dan Syazli!

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Instagram

Previous articleLufya Dituduh ‘Mata Duitan’, Buat Tuntutan Mutaah Dengan Nilai Yang Tak Masuk Akal
Next articleDiminta Buang ‘Tattoo’, Sekali Respon Maryam Buat Ramai Yang Setuju
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here