Baru sahaja dua hari yang lepas tular sebuah berita di mana sebuah kenderaan jenis Saga yang meletup akibat daripada gas yang keluar daripada tong gas disyaki berada di dalam kereta tersebut. Kejadian berlaku pada pagi sabtu bertempat di tempat letak kereta di bawah Flat Dahlia di daerah Bentong.
Menerusi gambar yang telah tular di twitter sejak semalam, dapat dilihat keadaan Saga tersebut yang rosak teruk. Difahamkan Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke tempat kejadian susulan mendapat panggilan dan mendapati bahawa letupan tersebut benar berlaku dan dipercayai berpunca daripada tong gas.
“Tong gas tersebut diletakkan terbaring di tempat duduk penumpang belakang, letupan tersebut tidak menyebabkan kebakaran dan kemalangan kepada mangsa”
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan jangan meletakkan bahan mudah terbakar serta mudah meletup di dalam kereta terutama pada musim suhu panas ketika ini.
Lihat posting penuh di twitter :
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1654781203910918146
Lihat juga komen netizen :
@izzats : Ni mesti kes pergi kedai beli gas pastu lupa nak angkut bawak masuk rumah.
@den1662 : Dia modify kereta untuk pakai tong gas, illegal modification dan tak selamat, bukan macam NGV
@stay2pku : Apa hal dibubuh tong gas dalam kereta. Adoi.
@zahir_tahgudin : Musim panas ni bahaya
@siddiqje : Ok pastikan guna tong gas tu bagi habis dulu baru bawa
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Twitter dan Utusan Malaysia