Home Hiburan Rozita Che Wan Beri Amaran Pada Suami, Buat Ramai Yang Setuju

Rozita Che Wan Beri Amaran Pada Suami, Buat Ramai Yang Setuju

485
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok astrogempak, dan telah ditular baru-baru ini.

Rozita Abu Bakar atau dikenali sebagai Rozita Che Wan ataupun Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 9 Mac tahun 1971, berasal dari Alor Setar, Kedah. Nama beliau dikenali ramai sejak beliau membintangi siri komedia iaitu Diari Ramadhan Rafique pada tahun 2006.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana beliau ditemuramah oleh wartawan mengenai isu curang yang telah ditular baru-baru ini. Beliau mengatakan sudah memberi amaran kepada suaminya iaitu Zain Saidin untuk ‘berambus’ jika berlaku perkara sebegitu. Che Ta juga mengatakan beliau percaya kepada suaminya dan amaran itu akan dibuat hanya sekali sahaja.

Netizen turut memberi komen mengenai komen beliau, mengatakan berasa bersetuju dengan komen Che Ta serta tidak memeningkan kepala untuk memikirkan isu ini. Ada juga yang berkongsi cerita di mana mereka juga mengatakan perkara yang sama kepada suami mereka. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 1.9M penonton, 92.2K sukaan dan 1609 komen.

Baca lagi: “Nak Lawa Semua Sanggup..”- Dedah Berat Baju Che Ta Di Tiktok Buat Ramai Tk Sangka

Baca lagi: Dato’ Awie Belanja Lagu ‘Dipenjara Janji’ Di Kenduri Kahwin, Tarik Perhatian Ramai

Lihat klip durasi pendek Che Ta beri amaran kepada suaminya:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@makwan: setuju .betoi.xpayah gaduh² kita pompuan kena kuat

@the.catkbeauty: I pun sama ngan cheta haha.No excuse at all sekali curang walupun time tu i sarat mengandung pun i akan let him go.The end

@Qee’s: Kalau aku kaya macam dia pun aku tak hairan tengok lah gelang dia tu.. aduhh

@Nurulatiqah: Kalau dh biasa hidup sorang ( singlemom) bila dh kwen semula mmg xde masalah hahahaha

@Zunaina Binti Subari: yes..same to me. I just tell my husband, kalo dah ada yg lain, pls pack you kain baju & leave the house. The house is mine, So far, still together

@ZafiRah D’shop: Stuju, sy pun sama.. Sy sjnis x suka buang msa nk fkir msalah curang mcm nie.. Klau x suke boleh angkat kaki..

@husrina2911: btul tu xpyh pening2 smpai sebulan gduh dlm media sosial je x hbis2

@ashChel: aku x kaya pun .. tapi aku setuju dgn che tah ..gtu la aku bgtau suami .. laki x suka ,xpayah terhegeh ..

@userareunknow: betul sgt² ,X payah nk pertahankn Benda yg X boleh pakai dah

@sapesapejelah: that’s me,no explanation,no forgive,no second chance,no get back..shu shuuuu

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous articleDato’ Awie Belanja Lagu ‘Dipenjara Janji’ Di Kenduri Kahwin, Tarik Perhatian Ramai
Next article“Rider Mintak Customer Bagi Tip” -Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Isterinya Diminta Tip Oleh Rider GrabFood
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here