Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok emmashazli, dan telah ditular baru-baru ini.
Emma Maembong atau nama sebenarnya ialah Fatimah Rohani Ismail merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 27 Mac tahun 1992, berasal dari Terengganu. Beliau mula dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah. Beliau berkahwin dengan seorang juruterbang yang bernama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020, dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama sebagai Arshan. Kini beliau juga sedang hamil anak kedua.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana Emma Maembong menyorok dari anak pertamanya iaitu Arshan di belakang pintu, namun pemilik akaun ini mengatakan kepada beliau bahawa kasihan kepada anaknya yang sedang mencari ibunya merata tempat. Namun respon Emma Maembong membuatkan para ibu bersetuju dengan reaksinya yang secara spontan dan selamba meluahkan pengorbanan seorang ibu.
Netizen turut memberi komen mengenai reaksi Emma Maembong, mengatakan terhibur dengan respon beliau yang secara spontan dan selamba itu. Ada juga yang bersetuju dengan responnya di mana setiap wanita yang bergelar ibu pernah mengalami situasi seperti ini. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 4.0K penonton, 287.9K sukaan dan 873 komen.
Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:
“Emma lari menyorok dari Arshan rupanya”
Baca lagi: Anak Meragam, Emma Maembong Dan Suami ‘Heret’ Anak Di Pasaraya
Lihat klip durasi pendek respon Emma Maembong:
View this post on Instagram
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Eyka_Jabbar: Nampak dah arshan turun perangai sapa nanti… Hahahaha..
@Waninana88: Perasaan emma mewakili ibu² yg struggle time berbuka puasa
@….: emma ni dari dulu kelakar .. rindu pulak nak tengok dia, yaya dengan chacha dekat cerita the house
@Liana Mansor955: makin berseri sejak peknen… mesti baby girl..
@@CikPuanGee_SFY: adoii wakil ibu2 dh bersuara..hahahaahhaha
@ Hamimah : hahaha…kannn..kalo boleh nak buka puasa dengan aman dulu..tapi tu laa…kita mak2 tak sampai hati nk buat jugak gitu kann
@Niknurzulaikha_one: Emma ni kelakar la..die tahu x die tu kelakar lps tu cantik
@Moiselle Lala Adiell: tgok perut mcm baby girl walau die dah buat baby reveal boy
@lizazee367: Berulang kali akk tgok.. Emma marah dgn idung2 dia terangkat.. Sakit perut aku
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram