Kulit telur atau cangkerang telur sering dibuang begitu saja kerana ramai yang tidak tahu manfaat sebenar yang dapat diperoleh daripada kulit telur itu sendiri.
Menerusi posting di twitter difahamkan terdapat fungsi kulit telur iaitu salah satunya adalah dalam pembuatan baja.
Jika dilihat di internet juga, terdapat laman yang mengemukakan manfaat kulit telur itu sendiri.
Baca juga : Terkejut Lihat Isi Telur Yg Direbus Menyerupai Cacing
Baca juga : Para Ibu Pening Kepala, Lihat Seorg Kanak-Kanak ‘Mandi Telur’
Lihat posting di twitter :
Baru tau rupanya kulit telur harganya lagi tinggi berbanding telur tu sendiri tau!!!
Sebab kulit telur yg dah diasingkan lagi bernilai sebab lagi byk benda boleh guna! dah byk company besar akan ambil kulit telur ni contoh "Baja"
Simpan ya kulit telur😁 pic.twitter.com/KQ5ROBVvsk
— 🍔MalayFoodHunter🍔 (@MalayFoodHunter) March 24, 2023
Selain itu manfaat kulit telur dapat dilihat di bawah :
1. Menyembuhkan jangkitan Kulit
Anda mengalami luka atau iritasi pada kulit?
Caranya, masukkan bubuk kulit telur ke dalam secangkir cuka sari epal dan biarkan selama beberapa jam. Lalu, oleskan campuran ini di atas luka atau jenis iritasi kulit lainnya. Dalam beberapa minit, luka anda akan membaik.
2. Mengatasi Sakit Sendi
Kulit telur mengandung nutrisi yang dapat meningkatkan kesihatan sendi, seperti kolagen, kondroitin, glukosamin, asam hyaluronik.
Kerana itu, bagi anda yang sering terkena sakit sendi, mungkin boleh menggunakan bubuk kulit telur untuk mendapatkan manfaatnya.
3. Mengurangkan rasa asam pada kopi
Rasa asam pada kopi memang bukan selera semua orang. Untuk meneutralkan kandungan asam kopi, anda dapat menambahkan satu senduk teh bubuk kulit telur ke dasar kopi sebelum disenduk.
Kalsium karbonat alkalinya akan membuat kopi terasa lebih enak dan nyaman untuk perut. Anda pun tidak akan lagi merasakan perut kembung setelah minum kopi.
4. Menurunkan Risiko Osteoporosis
Tahukah Anda, salah satu manfaat kulit telur untuk kesihatan adalah dapat menurunkan risiko osteoporosis?
Sebuah kajian di Belanda yang dilakukan pada wanita pascamenopause menemukan, kulit telur bermanfaat untuk meningkatkan kepadatan mineral tulang di leher dibandingkan dengan plasebo.
Sebaliknya, kalsium karbonat yang dimurnikan didapati tidak terlalu efektif.
5. Membuat Kulit Wajah Bercahaya
Ambil satu putih telur dan bubuk kulit telur. Masukkan ke dalam air, kacaukan, lalu oleskan ke kulit wajah anda. Biarkan mengering pada kulit sebelum membilasnya dengan air.
Masker rumah ini akan membantu membuat kulit anda kelihatan sihat dan bercahaya.
Sumber : Klikdokter
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Twitter