Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah sedia maklum bahawa kita hidup secara multicultural dan multireligious”. Sememangnya sangat seronok dan unik jika kita hidup dalam culture yang sebegini.
Pun begitu, apa lebih menarik ialah, rata-rata rakyat Malaysia sangat fasih dan tahu menggunakan Bahasa Inggeris. Sedia maklum bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua kita, selepas bahasa Ibunda.
Sebabtulah, rata-rata wargan asing sangat teruja dan ingin tahu bagaimana rakyat Malaysia semuanya pandai menggunakan Bahasa Inggeris.
Lihat video di bawah :
@deenvlog ทำไมคนมาเลพูดอังกฤษได้ทุกคน? | Why Malays Speak English ? Ep.6
Bila ditanya bagaimanakah orang Malaysia pandai berbahasa Inggeris, rata-rata mengatakan bahawa Bahasa Inggeris sudah mula diajar sejak dari kecil lagi, dari tadika hinggalah ke peringkat tertinggi.
Walaupun, kadang-kadang tu ada yang menggunakan mix bahasa, dan juga broken english. Tetapi, ianya sangat difahami oleh semua orang sekeliling.
Bahkan, bukan saja dua bahasa yang rakyat Malaysia tahu, ada yang tahu 3-4 bahasa. Kita kan satu Malaysia, setiap bangsa mempunyai bahasa nya yang tersendiri. Unik kan ?
Sumber : Tiktok
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.