Home Kisah rakyat “Busy dengan kerja, tapi tetap sporting” -Netizen

“Busy dengan kerja, tapi tetap sporting” -Netizen

182
0

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atau Al-Sultan Abdullah, diputerakan sebagai Tengku Abdullah pada 30 Julai tahun 1959 di Pekan, Pahang. Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Sultan Pahang pada 15 Januari 2019, kemudian melafazkan sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 oleh Majlis Raja-Raja pada 24 Januari 2019. Baginda melafazkan sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada satu istiadat penuh gilang-gemilang di Istana Negara, Jalan Duta pada 31 Januari 2019.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melawat kawasan Cameron Highland, Pahang. Beliau secara spontan bermesra dengan seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Awdiah juga merupakan seorang anak orang Asli di Kampung Kuala Boh. Reaksi beliau yang mengangkat kanak-kanak tersebut telah mendapat perhatian ramai oleh warganet.

Pemilik akaun ini juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Tuanku Agong bermesra dengan Awdiah, seorang anak orang Asli dari Kg Kuala Boh, Cameron Highlands. Betapa erat hubungan Raja dengan Rakyat. Daulat Tuanku”

Baca lagi: Makin Kerap Tuanku Agong Ke Kolam Mancing, Ramai Rakyat Yang Teruja

Baca lagi: Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri sambut dua cucunda

Lihat klip durasi pendek reaksi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah melayan telatah kanak-kanak tersebut:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@farish: Tuanku sambung lagi 5 tahun sbg Agong pasti semua rakyat Malaysia setuju.

@noones: best nya awk dik.simpan video ni dik nnt besar awk tgk balik mesti awk la org yg plg bertuah Tau

@JIBUN@45: Org lain xberani dh nk apekan budak Ni. Agong siap bagitau cucu Saya. Nohhh kabel besor dikkk. hahaha

@ashfa: bertuahnya.. hoo rezrki adik didukungnya lagi.. terharuu..

@KakEinaSayang: masyaallah…baik budi pekerti. akhlaq yg mulia. hati sangat lembut. bila baik dgn kanak2

@Kurakura : Belajar rajin2 dek.. Mane tau dpt krja dgn anak2 agong dh bsr nnti

@zatyamieza: suka tgk tuanku..semoga tuanku dilindungi oleh Allah.

@Makcikshida: Alhamdulillah…rezeki kau dik Tuanku dukung bkn biase²

@Raus Idah: Smga Tuanku dibrikn kshtan sllu dn dlm rahmat Allah Swt. Aamiin³Yra

@rahani1960: kita ni dari muda sampai la dah jd wargamas teringin nk jumpa baginda suami isteri xdpt².. untong ko adk….

@madd3522: btuah adik to didukunh oleh tuanku…smga tuanku diberi ksihatan y baik..

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“Anak Lagi Berani Dari Daddy,,Periuk Api Ni Memang Dahsyat”-Telatah Anak Selamba Duduk Atas Tudung Ibu Raih Perhatian
Next article“China Mengharamkan Wanita Menjadi Mojel Pakaian Dalam Sewaktu Live”-Lihat Apa Tindakan Mereka…
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here