Home Kisah rakyat Makin Kerap Tuanku Agong Ke Kolam Mancing, Ramai Rakyat Yang Teruja

Makin Kerap Tuanku Agong Ke Kolam Mancing, Ramai Rakyat Yang Teruja

223
0

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, sikap keprihatinan dan perwatakan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah sangat dikagumi ramai. Tuanku Agong sangat masyhur dengan sikap baginda yang bersahaja dan sangat peramah itu. Sudah pasti, ramai pembaca yang mempunyai moment indah bersama Tuanku Agong.

Kali ini, ada dimuat naik video oleh seorang pengguna Titokers di atas nama @rbochannel yang mana menunujukkan moment Tuanku Agong yang menyantuni rakyat jelata di sebuah kolam memancing yang terletak di Peramu. Permaisuri Agong

Baca juga :“Memang sempoi habis…” – Bakat memancing Agong dan Permaisuri dipuji

Baca juga : Tengku Hassanal Kngsi Momen Brtemu Tengku Aleya, Sempat Kna ‘S0und’ Dgn Raja Permaisuri Agong

Pun begitu, apa yang lebih menarik, setelah warganet mengatakan bahawa mereka mulai perasan Tuanku Agong semakin kerap berkunjung ke kolam pancing, banyak kal juga Tuanku Agong ke kolam pancing ni ya.

Lihat video di bawah:

@rahimrbo

KDYMM SPB Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah santuni pengunjung Kolam Memancing dan Chalet POK NIK, Peramu, Tanjung Lumpur. Terdahulu baginda mencuba nasib memancing di Kolam Pok Nik. Berkat daulat, baginda berjaya menaikkan 7 ekor ikan. Ikan pertama siakap putih (3) diikuti siakap merah (1) dan ikan kerapu (3 ekor). Baginda turut menyantuni dan beramah mesra bersama kaki pancing yang bersantai dengan aktiviti memancing bersama keluarga di sekeling kolam Pok Nik. #spbagong #sultanpahang #rajadanrakyatberpisahtiada❤️ #daulattuanku❤️ #dirgahayutuanku #rbonews

♬ original sound – rbochannel – Hj Rahim RBO

Dahulunya, ada juga dimuat naik moment di mana Tuanku Agong yang berjaya memancing seekor ikan, rata-rata warganet sangat teruja dengan pencapaian tersebut. Sungguh luar biasa Tuanku Agong, seorang yang sangat mesra rakyat.

Lihat apa komen dari warganet:

@aliffatihah:daulat tuanku.raja berjiwa rakyat

@Hujung bedil:Menitis air mata jantan tgk tuanku yg berjiwa rakyat insyaallah akan sentiasa di sayangi rakyat jelata daulat tuanku

@Amirul:hihihi asyik kolam pancing ja skrng ni

@udi:sebak tgk tuanku layan rakyat..Agong dan sultan yg hebat..Daulat Tuanku

@jijia677:Kena tahu tuanku suka mancing kolam mana dah ni. Ada rezeki boleh jumpa.

Justeru, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Tuanku Agong sangat disayangi ramai. Sikap baginda yang sangat mesra rakyat itu sangat menjadi inspirasi kepada semua. Walaupun baginda sibuk memerintah negara, namun tidak pernah lupa untuk menyantuni rakyat jelata.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

 

Previous articleDato’ Seri Anwar Ibrahim Ulas Isu Pengeluaran KWSP
Next articleBerebut Parking, Pemuda Berang Diprsalahkn

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here