Tak dinafikan ramai antara kita yang suka minum nescafe. Namun meskipun ramai yang suka, tidak ramai yang pandai menyediakannya sendiri di rumah. Selalunya rasanya macam tak sampai ke tekak seperti yang biasa diminum di luar.
Seorang bekas pekerja Starbucks kongsi resepi bancuhan air nescafe paling sedap dan pekat persis kafe mahal hasil pengalamannya bekerja sebagai ‘barista’ di Starbucks selama ini.
Baca lagi: Resepi Nasi Ayam Sedap
Baca lagi: “Ni mesti padu ni” – Jangan Terkejut, Ini Bahan Rahsia Untuk Dapatkan Teh Tarik Berlemak
Ini resepinya!
1. Sesudu kecil nescafe, tapi jangan penuh menggunung ok.
2. Susu cair dalam 2-4 sudu kecil
3. Susu manis 1 setengah sudu hingga 2 sudu kecil
4. Campurkan dan kacau sekali
5. Warna bila dicampurkan dan dikacau, waktu ni bau macam dekat Starbucks kononnya. Jangan risau ini just nice dan tak bermanis. Elok siapa-siapa yang tak suka minuman yang manis-manis, cukup pahitnya, cukup manisnya dan cukup lemaknya.
6. Lepas dah kacau kesemua tadi, baru tuangkan air yang betul-betul panas mendidih
7. Dah siap! Memang sedap, jangan ketagihan sudah lah.
Buat anda yang merupakan penggemar Nescafe tu memang wajib cuba! Barulah terbuka luas mata sebelum pergi ke kerja.
Selamat mencuba gais!
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA