Satu lagi gempa bumi melanda wilayah sempadan Turki dan Syria pada Isnin, dua minggu selepas kawasan itu musnah akibat gempa bumi yang lebih besar yang mengorbankan lebih 47,000 orang dan merosakkan atau memusnahkan ratusan ribu rumah.
Gempa pada hari semalam, kali ini dengan magnitud 6.4, berpusat berhampiran bandar Antakya di selatan Turki dan dirasai di Syria, Mesir dan Lubnan.
Baca juga : Gempa Bumi Berskala 7.9 Magnitud, Tiada Rakyat Malaysia Yang Terkorban
Baca juga : Sedih ! Wanita Sempat Lahirkan Bayinya Sebelum Maut Tersepit Ketika Gempa Bumi Di Syria
Ia melanda pada kedalaman 10km (6.2 batu),Datuk Bandar Hatay, Lutfu Savas memberitahu bahawa dia telah menerima laporan mengenai beberapa orang yang tersepit di bawah runtuhan selepas gempa terbaharu. Tiga orang maut dan lebih 200 cedera.
Angka kematian akibat gempa dua minggu lalu meningkat kepada 41,156 di Turki, , dan ia dijangka meningkat lebih tinggi, dengan 385,000 flat diketahui telah musnah atau rosak teruk dan ramai orang masih hilang.
Dahulunya, gempa bumi yang berskala 7.8 Magnitud dan juga 7.3 Magnitud telah melanda bumi Turkiye dan juga Syria. Kali ini wujud lagi gempa bumi yang melanda negara tersebut bermagnitud 6.3 dah telah meragutu puluhan ribu nyawa orang awam.
Sumber : South China Morning Post