Kebiasaannya, jika berlaku kemalangan kecil yang melibatkan kereta atau sebagainya, pasti mangsa perlanggaran akan meminta ganti rugi kepada mereka yang bersalah. Namun berbeza pula dengan situasi kali ini dimana situasi ini sangat jarang berlaku di negara kita yang mana mangsa tidak meminta ganti rugi kepada pelaku malah melepaskan pelaku begitu sahaja tanpa meminta sebarang bayaran.
Menerusi video yang dimuat naik di @onsir11 dapat dilihat kebaikan pemilik video tersebut di mana dia tidak langsung meminta ganti rugi terhadap keretanya setelah berlaku sedikit perlanggaran dari rider grab. Pemilik video itu sempat menemu ramah rider grab tersebut beberapa soalan sebelum dilihat pemilik video itu melepaskan budak lelaki tersebut.
Baca juga : “Jarang Jarang Berlaku Ni..”- Neelofa Terkejut Suami Tolong Buatkan Juadah Iftar
Baca juga : Rider Terima Duit Hampir Rm30,000 Hanya Bersikap Jujur Dgn Pelanggan
Menerusi video itu juga dapat dilihat kejujuran dalam diri rider grab tersebut di mana dia tidak lari setelah melakukan kesalahan malah berhadapan dengan kesalahan yang dilakukan dan meminta maaf kepada pemilik kenderaan tersebut atas kesalahan yang tidak disengajakan.
Lihat video di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen warganet :
@Mohd Firdaus Sukri : saya pernah mcm ni..budak motor u turn ada rodblock polis..motor dia sangkut bawah bumper kereta saya..saya lepas kan dia..tapi polis tak lepas dia
@Bro Janggut : kalau rmai orang mcm ni..aman sejahtera malaysia..terbaik bossku..i follow u
@nikmusa : memaafkan itu sangat Berat Tapi selepas tu perasaan hati terlampau Lega Dan senang.Allah akan memudahkan segala Urusan .
@Imahhh_72 : kesian bla tgol adk tu..smoga sntiasa dlm lindungan alah,dn smoga boss trus maju jaya..terbaik la boss
@cdanlong : hebat bos….. harap tuhan ganti balik 100 x ganda tahun ini…done follow
@Aril Ahmad : you baguslah bos.semoga tuhan permudahkan urusan dunia ini.adik tu pun jawapan jujur..
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram