Seorang pelajar sekolah rendah tanpa sengaja telah termuntah di atas karpet sebuah surau tempat di mana dia berehat sementara menunggu kehadiran bapanya.
Kanak-kanak tersebut, tanpa sengaja telah termuntah kerana mengalami keracunan makanan. Disebabkan hal itu, kanak-kanak tersebut mengambil keputusan untuk menulis sepucuk surat permohonan maaf.
Bukan saja itu, malah kanak-kanak tersebut turut meninggalkan sejumlah wang RM100, katanya kerana atas simbolik permohonan maaf setelah dia tidak sempat untuk mencuci muntah tersebut kerana bapanay sudah sampai.
Sememangnya tindakan kanak-kanak itu menjadi tumpuan dan mendapat pujian dari ramai pihak. Bagus betul kanak-kanak tersebut.
Baca juga : Terharu ! Budak Kecil Ini Selamatkan Anak Anjing 6 Tahun Yang Lalu, Kini Masih Bersama
Baca juga :Pensyarah Sebak, Lihat Bekas Pelajar ‘Struggle’ Cari Rezeki
Bagus juga hasil didikan dari ibu bapanya. Sebab itulah, kita mestilah mendidik anak-anak kita supaya melakukan perkara yang baik dan mahmudah.
Lihat apa kata warganet :
Sumber : Facebook