Baru-baru ini tular mengenai seekor burung hantu yang bernilai berjuta ringgit yang terjual dalam satu acara lelongan di Arab Saudi. Helang yang dinamakan Ab Ultra White Gyrfalcon itu dibeli dengan mencecah AS$464,400 (Rm1.9 juta) dan sekaligus mencatat rekod sebagai burung helang termahal di dunia pada masa kini.
Helang merupakan spesies burung pemangsa atau karnivor dan mempunyai sepasang kaki yang kuat dan berkuku tajam bagi membolehkannya untuk mencengkam mangsa. Selain itu, helang mempunyai daya penglihatannya yang tinggi bagi membolehkannya melihat dan mencari mangsa dari jarak jauh.
Baca lagi: Kejadian Aneh, Ratusan Burung Mati Seperti Hujan Di Sepanyol
Baca lagi: Arif Aiman Kini Pemain Muda Termahal Malaysia
Acara lelongan burung spesies yang jarang ditemui iaitu Falco rusticolus dianjurkan oleh Lelongan Pembiak Burung Helang Antarabangsa (IFBA) yang berlangsung di ibu pejabat Kelab Burung Helang Arab Saudi di Malham, utara Riyadh.
Burung helang yang dikenali sebagai Ab Ultra White Gyrfalcon itu berasal dari Ladang Helang Barat Laut Pasifik yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai seberat 980 gram dan tinggi 43 sentimeter.
Menurut Saudi Press Agency, jurucakap Kelab Falcon Saudi, Wahid Al-Taweel mengatakan acara lelongan bermula dengan menghimpunkan penternak-penternak burung dari 14 negara.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA