Home Isu Semasa Baru Je Puteri Sarah Berangkat Tunai Umrah, Sekali Ira Kazar Bakar Benda...

Baru Je Puteri Sarah Berangkat Tunai Umrah, Sekali Ira Kazar Bakar Benda Ni

734
0

Kemelut rumahtangga Puteri Sarah Liyana dan juga pengarah terkenal Malaysia, Syamsul Yusof seringkali mendapat perhatian ramai. Syamsul Yusof yang baru sahaja mengumumkan perkahwinan kedua nya dengan Ira Kazar difahamkan tidak dipersetujui oleh beberapa pihak.

Hari ini, kita dapat melihat pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama dua orang anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah bagi mengerjakan umrah di tanah suci mekah.

Baca Juga: “Uish Jahatnya Mulut..” – Kakak Ira Kazar ‘Backup’ Adik, Siap Kutuk Puteri Sarah?

Baca Juga: Baru Je Syamsul Yusof Umum Nikahi Ira Kazar, Kali Ini Ibu Pula Beri Respon

Malah, kelibat suaminya iaitu Syamsul Yusof tidak kelihatan di sekitar KLIA tersebut sebaliknya hanya keluarga Puteri Sarah menemaninya ketika berada di lapangan terbang itu.

Namun begitu, baru-baru ini, menerusi hantaran di IG story Ira Kazar iaitu isteri kedua Syamsul Yusof, dia telah memuat naik sebuah video pendek yang memaparkan sedang membakar marshmallow dengan seseorang.

Lihat klip durasi pendek dibawah:

Ira sengaja provok secara perlahan?

Hantaran yang dikongsikan oleh isteri kedua Syamsul Yusof itu telah mendapat perhatian ramai dimana menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, netizen mendakwa Ira sengaja membuat provokasi secara halus terhadap Puteri Sarah.

sinetronmalaya.com irakazar 11

Bahagia lah Ira, hidup ini bagaikan roda. Kifarah itu ada

Dalam pada itu, ramai netizen yang meluahkan rasa kasihan terhadap nasib yang menimpa Puteri Sarah dan memberi peringatan kepada Ira Kazar bahawa kifarah itu wujud dan hidup ini bagaikan roda yang sedang berjalan.

sinetronmalaya.com video irakazar 22

Terdahulu, nama pelakon Puteri Sarah menjadi perhatian ramai gara-gara krisis yang melanda dalam rumah tangganya bersama dengan pengarah popular, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan seorang wanita bernama Ira Kazar.

Malah, Puteri Sarah juga telah bernekad dengan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakilinya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: OMM

Previous articleSeorang Wanita Kesal, Burger Yang Dibelinya Berkulat Dan Tidak Segar
Next articleKetahui 6 Fakta Menarik Tentang Arnab
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here