Home Hiburan Baru Je Syamsul Yusof Umum Nikahi Ira Kazar, Kali Ini Ibu Pula...

Baru Je Syamsul Yusof Umum Nikahi Ira Kazar, Kali Ini Ibu Pula Beri Respon

273
0

Baru sahaja petang tadi, Syamsul Yusof memberikan kenyataan dan mengakui yang dia sudah sah bernikah dengan Ira Kazar. Sudah tentu, ia hangat diperkatakan dan menjadi buah mulut netizen. Tambahan lagi apabila ibunya sendiri, Datin Patimah membuka mulut tentang isu anaknya berkahwin dua.

Syamsul, jangan jadi munafik!”

Itu merupakan reaksi ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail susulan pendedahan anaknya yang mengesahkan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand, hari ini.

Ketika dihubungi, Datin Patimah berkata yang dia sudah mengetahui semua masalah dan konflik dalaman rumah tangga yang ditimbulkan anaknya sebelum semuanya tular di media sosial.

Tambahnya lagi, dia tidak merestui dan tidak reda dengan perkahwinan anaknya itu.

“Saya tak reda dan tak terima (perkahwinan kedua Syamsul). Saya baru dapat tahu tadi selepas diberitahu oleh Syamsul. Tapi saya cakap tak reda dan tak izinkan. Dia beritahu saya selepas dia berkahwin,” Ujar Datin Patimah

Di samping itu, Datin Patimah juga mendedahkan isu Syamsul Yusof menafikan menjalin hubungan dan sudah berkahwin dengan Ira.

“Sebelum ini dia tak mengaku. Dia bermati-matian cakap dia tak kahwin. Orang buat fitnah katanya dan mahu saman orang yang buat cerita…” 

“Namun, hari ini dia mengesahkan segalanya-galanya. Sekali lagi nak tegaskan, saya tak izinkan dan tak reda atas perbuatannya itu,” Ujarnya

Ramai yang mengucapkan terima kasih terhadapnya kerana menjadi mentua yang baik terhadap menantunya, Puteri Sarah Liyana. Moga hubungan mereka terus akrab walaupun segala benda ini terjadi. Kepada Syamsul, min doakan awak dapat selesaikan semuanya dengan baik dan matang. Jangan lupa komen yang  baik-baik yaa..

 

 

Previous article“Boleh la I saman 10 juta pula ya…” – Puteri Sarah mahu berjumpa Syamsul dan Ira di mahkamah
Next article“Selamat kawin dua baru sibuk nak panggil bincang…” – Syamsul Yusof dilabel lelaki tak ‘gentle’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here