Seorang wnaita tercicir kad ATM Bank CIMB, terkejut apabila mendapati wang yang berada dalam akaunnya berkurangan dan terdapat beberapa transaksi dilakukan tanpa diketahuinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim, mangsa telahpun membuat laporan kehilangan kad ATM miliknya yang dipercayai tercicir di Keningau, Sabah.
Baca lagi: Berita Buruk Untuk Perantau, JPJ Senarai 7 Kesalahan Jalan Raya Dikuatkuasakan Tanpa Kompaun Sempena Tahun Baharu Cina
Baca lagi: Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi ‘ikat’ suami, harap diberi lebih perhatian ketika berpantang
Hasil siasatan polis telah mendapat kesan bahawa seorang wanita yang berusia 33 tahun telah menggunakan kad tersebut dan berbelanja sakan di beberapa pasaraya serta stesen minyak di sekitar daerah Keningau. Jumlah yang dipakai oleh suspek sebanyak Rm1,365.
Suspek telah berjaya ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.
Oleh itu, kes tersebut masih disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA