Banyak pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan di jalan raya dengan sengaja. Undang-undang di jalan raya dicipta bagi mengelakkan kemalangan di jalan raya.
Baru sahaja tular di tiktok milik @ktm_michaellim di mana rakaman dashcam menunjukkan cubaan sebuah kereta cuba untuk memotong que di lorong kecemasan. Namun, aksi tersebut berjaya ditangkap oleh pihak polis dan kereta peronda polis tersebut telah meminta kereta yang memotong tersebut untuk berhenti di bahu jalan.
Lihat klip video rakaman dashcam di bawah :
View this post on Instagram
Cubaan untuk memotong kereta lain telah gagal apabila terdapat sebuah kereta peronda polis ketika itu. Betullah, Malang Tidak Berbau”.
Lihat juga apa komen warganet :
@mahardika5597 : nak terkencing sangat tu yg nk pergi R&R..tapi terus terkencing..
@user8559840736721 : Hahaha, taw takut, siapa suruh abe polis, mantap
@rashidimdyusof : baru tau perangkap tikus lorong kecemasan
@TE14 : tu namanya jerangkap samar, terima kasih abg polis…
@erinaryana1313 : Aku sukong unit peronda diperbanyakan tugasan rondaan atas highway
Rata-rata komen berasa puas hati apabila tindakan memotong que di laluan kecemasan terus diambil tindakan oleh polis ketika itu.
Dalam kenyataan Sumber Berita Harian,JPJ berkata, kesemua gambar itu dirakam oleh anggota Pasukan Pemantauan Khas 7 Kesalahan Utama yang melakukan pemantauan secara taktikal samaran. Dalam kenyataannya, JPJ berkata, Ops TBC yang masuk hari keempat, dijalankan di Lebuhraya Utara Selatan dari arah Johor Bahru ke Putrajaya.
Sehubungan itu, orang ramai disarankan untuk mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan sepanjang musim perayaan ini bagi mengelak berlakunya kesesakan dan menjadi punca kemalangan maut di jalan raya.
Baca juga : Konvoi Motosikal Dibawa Arus Air, Di Simpang Jemari Jalan Nitar Mersing
Baca juga : “King Sentiasa Di Depan” – Drone JPJ Tangkap Aksi Lawan Arus
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok dan Instagram