Home Isu Semasa “Itu cara kasih sayang mummy, kalau tak mummy taknak amik tahu…” – Mas Idayu

“Itu cara kasih sayang mummy, kalau tak mummy taknak amik tahu…” – Mas Idayu

213
0

Baru-baru ini tular apabila Mas Idayu menegur Sissy Iman dalam sebuah rancangan televisyen yang diberi tajuk “Familia Duo”. Komen yang diberikan oleh Mas Idayu tersebut telah mendapat perhatian ramai.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik buletinfm menunjukkan Mas Idayu yang memberikan responnya terhadap isu yang tular mengenainya tersebut. Klip video tersebut menunjukkan bahawa beliau mengatakan itu adalah cara beliau menunjukkan kasih sayangnya sama ada terhadap anak murid atau peserta. Beliau juga mengatakan jika beliau tidak memberi komen apa-apa, ia bermaksud beliau tidak mahu mengambil tahu hal individu tersebut.

Rata-rata netizen mengatakan tindakan mummy agak kasar dan ‘straight forward’ tetapi yang beliau sampaikan itu adalah kebenaran. Ramai juga yang menyuruh agar mummy perlu menggunakan bahasa dengan lebih berkhemah. Ada juga yang mengatakan Dato’ Hattan tegur lebih teruk berbanding Mas Idayu.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 300K tontonan, 3K sukaan dan 200 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@mohdrashidmohdyus: banyak contoh contoh juri yg memberi ulasan sbg juri menggunakan bahasa dgn berhemah.. Dato Syafinaz.. Ibu Hetty.. DS Siti.. Dato Khatijah..

@i.am.sue: Setuju dgn mummy mmg xbest la lgu irama msia byk kot dok pilih lgu tu buat keroncong adess hancuss

@Muhammad Al Fateh: takpe kami tunjuk kasih syg jugak , masuk le GV mamy

@Othman Ismail: mcm cikgu la .ada garang..ada baik..terima je la..bukan truk sgt pun mas idayu marah..

@ZAROULAMINOFFICIAL: kalau Dato’Hattan pun akan marah lebih daripada mas Idayu lagi aku dgr pun sakit telinga tak tahu sissy iman nyanyi ke kepit suara

@fariz rahman: Kdng mas idayu agak kasar and straight forward tapi yg dia sampaikan mlm tu totally true,psmbhn xbest, its just sissy agak trsa and cant cntrol emosi

@Zack DK: Naim & sissy ni de kena mengena ka? sbb musim lama taw la keluarga had s2 nih aku cam aik depa sedarah ke kan lol

@lokmanhakim lokman: smpai dia punya target org yg xctau jd tau…aq dblm ni x tau pon program ni pon jd tau

@DiaM@rM@r: mas idayu mengharapkn minggu ke 6 ni sepatutnya persembahan terbaik lg meletop , tp sebaliknya

Sumber: Tiktok

Previous article“Merekalah Unsung Hero Biarpun Gaji Tak Byk Mana”- Terima Kasih Org Baik
Next articleHanya Diupah Rm10 Membersihkan 2 Buah Rumah, Reaksi Warga Emas Ini Buat Ramai Yg Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here