Home Kisah rakyat “Merekalah Unsung Hero Biarpun Gaji Tak Byk Mana”- Terima Kasih Org Baik

“Merekalah Unsung Hero Biarpun Gaji Tak Byk Mana”- Terima Kasih Org Baik

274
0

Orang yang tepat untuk diraihkan. Merekalah unsung hero biarpun gaji tak banyak mana tapi sanggup berpanas, masuk longkang dan menahan kelaparan demi tugas dan tanggungjawab.

Unsung Hero atau juga pahlawan tanpa tanda jasa merupakan gelaran yang diberikan kepada golongan yang sering melakukan kebaikan untuk masyarakat tetapi kurang mendapat penghargaan. Kadang-kala usaha keras mereka tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya dari masyarakat dan lebih teruk , pengorbanan mereka melakukan kebaikan tidak dihargai.

Baru-baru ini tular di tiktok milik @Saharuddin Amirullah, di mana video tersebut mendapat hampir ratusan ribuan tontonan dan juga telah mendapat seratus ribu suka dari warganet. Dalam video tersebut memaparkan pemilik akaun tersebut memberi makan kepada golongan pekerja. Dalam video tersebut kelihatan pekerja-pekerja tersebut berlari ke arah lelaki tersebut dan apabila ditanya kenapa berlari dan mereka menjawab bahawa mereka belum makan lagi.

unsunghero1

Lihat video klip di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Video tersebut telah mengundang rasa sayu dalam kalangan warganet. Gelagat pekerja-pekerja tersebut yang berlari ke arah lelaki tersebut turut mencuit hati warganet.

Lihat juga komen warganet :

@zya : Ya Allah…dapat ja tapau tu…gembiranya dorang. Unsung hero yg tdk didendang. Moga dorg sihat dn dipermudahkan segala urusan. Aamiin

@yatisulaiman353 : Allahhuakbar.. Alhamdulillah… semoga semuanya dipermudahkan dalam urusan mencari rezeki… aaminn… terus semangat

@ZenoPainting: sebab tu prinsip aku xkan hina kerja orang.

@JessL : Sy selalu msak mkanan byk suruh suami bwa keja, mkn kongsi dgn kwn²..skrg tgh alahan teruk 3bln dh x msak kat depa, selalu depa tnya² kat suami

@Shima Rizal : aku xkisahla org kata ape pun..yg penting brader ni dah pun bg org kenyang..moga murah rezeki ko bang…dunia akhirat

Rata-rata komen mendoakan lelaki tersebut dimurahkan rezeki. Kebanyakan warganet meluahkan rasa terharu atas perbuatan baik yang ditujukkan oleh lelaki tersebut.

Baca juga : Usahawan niat beri kereta baru, Ramai puji Cara Abang Viva t0lak tawaran “siap cakap bkan orang senang…”

Baca juga : “Hero Tak Didendang..” – Pemuda Sanggup Risikokan Diri Demi Selamatkan Kucing

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous articleIsteri Merungut Suami Slalu Keluar Memancing, Skali Suami Bawa Pulang RM30,000
Next article“Itu cara kasih sayang mummy, kalau tak mummy taknak amik tahu…” – Mas Idayu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here