Korang mesti biasa kan tengok acara melepaskan belon ke udara semasa menyambut acara tertentu. Antaranya menyambut kemerdekaan, tahun baharu dan banyak lagi. Pada tahun 1986, United Way of Cleveland di Ohio putuskan untuk anjurkan satu event untuk kumpul dana pada masa sama mereka mahu pecahkan rekod dunia dengan acara melepaskan balon paling banyak dan terbesar di dunia yang dibuat oleh Anaheim, di California.
Pada 27 September 1986, seramai 2.500 siswa dan sukarelawan mengisi lebih 1.5 juta balon helium. Difahamkan, United Way ni akan beri 1 dollar untuk 2 biji balon helium yang dilepaskan ke udara pada hari pelancaran itu.
Pada waktu itu, mereka tidak fikir panjang diorang hanya mahu mencapai rekod world record. Mereka berbuat sedemikian tanpa fikirkan kesan buruk acara itu kepada umum.
Akhirnya pada hari pelancaran di mana balon tu semua ditiup dan dikumpulkan di dalam jaring. Selepas itu barulah mereka lepaskan secara besar-besaran.
Cantik la langit berwarna-warni, indah indah la kan tapi malangnya cuaca haritu tak berapa nak baik membuatkan balon itu jatuh ke darat dengan lebih cepat..
Maka bermulalah episod tragis yang membuatkan semua orang rasa diri mereka sangat la bodoh dengan menyokong event itu..
Difahamkan.. Balon itu bersepah dekat jalan raya sampai berlaku kemalangan maut weh hahaha nampak macam remeh tapi balon tu punca banyak kereta kemalangan.
Bukan itu saja! Pada hari pelancaran tu terdapat 2 nelayan hilang dekat laut tapi operasi menyelamat terpaksa ditangguhkan sebab balon penuh atas laut! Petugas keselamatan sampai keliru balon ke kepala mayat ke badan mayat ke buaya darat..
Mereka keliru sebab balon amat banyak dan membuatkan mereka tak nampak apa menyukarkan proses operasi menyelamat.
Akhirnya Guiness World Record tarik semula penganugerahan yang telah diberikan sebab katanya lebih banyak bala malapetaka dari kebaikkan dari event yang mereka lancarkan ni..
Dipercayai juga waris mangsa yang 2 orang yang meninggal dunia tu menang saman terhadap United Way tapi tak diberitahu berapakah jumlah yang mereka dapat.
Eloklah ambil perkara yang terjadi ini sebagai tauladan. Pihak yang ingin lancarkan event sebaiknya membuat kajian terlebih dahulu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna.
Sumber Twitter amrlamnnn