Sejak dua menjak ini, panas mengenai isu kemelut rumah tangga dan kehadiran orang ‘ketiga’. Hal ini berikutan isu Syamsul Yusof yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Ira Kazar. Isu tersebut begitu hangat diperkatakan dan dikecam hebat oleh netizen.
Pelakon wanita terkenal, Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan meluahkan rasa kecewa mengapa dia sering menjadi mangsa apabila munculnya kemelut rumah tangga yang sedang berlaku dalam kalangan artis pada ketika ini. Hal ini kerana, heboh satu Malaysia tika waktu dahulu apabila rumah tangganya retak dek kerana orang ketiga.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Abby di laman Instagramnya, dia tidak mahu berdiam diri susulan ramai yang telah mengaitkan dirinya malah ada segelintir netizen yang menjadikan kisah rumah tangganya dulu sebagai contoh hingga mengundang fitnah. Ada yang berkata isu yang terjadi sekarang ini mirip sekali dengan apa yang terjadi kepada Abby Abadi. Ada juga yang berkata supaya ambil kisah Abby Abadi sebagai tauladan.
Ujar Abby, sewaktu perkahwinan dia bersama bekas suaminya sebelum ini, dia menjelaskan tidak pernah menyerang mana-mana pihak memandangkan dia tidak tahu siapa yang menjadi ‘orang ketiga’ dalam rumah tangganya.
“Sejujurnya dulu saya tak pernah serang siapa-siapa, tak pernah ya sebab saya tak tahu siapa orang ketiga, ke empat semua itu. Sebab saya tak berjaya periksa telefon bimbit bekas suami dan tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu.
“Sebab dia kata dia sibuk penggambaran. Bekas suami memang jenis lari-lari dan tak balik-balik.. Jadinya, saya banyak tak tahu sebelum,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, pelakon yang berusia 45 tahun itu mengakui dia pernah mencari bekas suaminya itu di set penggambaran untuk mendapatkan penjelasan berkenaan rumah tangga mereka.
Kata Abby, sudah semestinya dia mempunyai perasaan marah dan sedih pada ketika itu memandangkan bekas suaminya tidak pulang ke rumah hinggakan perhubungan mereka sudah ‘retak’.
“Yang kata saya serang bekas suami dekat lokasi penggambaran, saya mencari je sebab lama tak jumpa dan nak kan penjelasan. Tak ada bawa senjata apa pun.
“Dan bila jumpa org kata saya marah-marah, nangis-nangis, dah tuuuu? Takkan saya nak seronok-seronok kalau bekas tak balik-balik dan sampai dah nak bercerai bagai?” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abby berharap dengan penjelasannya mengenai perkahwinannya sebelum ini sudah pun terjawab dan meminta netizen jangan membuat sebarang spekulasi atau andaian sendiri kerana semuanya dia yang hadapi dan dia simpan segala ‘rahsia’ seorang diri..
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@єlเคภค คltђคŦยภภเรค 🕊:btolll la kata org.. boleh memaafkan.. tapii melupakan mngkin tak.. sbb abby blh ingt satu2 lagiiii apa yg jadi
@🍓:x perlu cerita abby.masing masing dah bahagia..move on x yah dah pandang belakang.
@lynnnnnn:ye kami tau kes tu,kat melodi..😂 kecoh jg
@Kamarita Ita:jangan buka Cite lama banyak hati nak kena jaga Alhamdulillah sekarang semua baik baikkan
@Kasma:akak lg dasyat dari sarah…serang trus .. lg power kuasa wanita..hahahaha!
@𝒾 𝒶𝓂 𝒜𝓃𝒶🕊:Kecoh jugak dulu sampai serang dekat set
@Sisheeda.co:Zaman tu xde tiktok lg kak , data internet pun mahal time tu, tp saya gugel kt YouTube ada jugak lah kes akk secara live gi set shooting EX akk tu dulu 😂, kot2 lah akk lupa
@Azimsa79:Yg dah lepas tu biarla lepas…Kita tutup 1 aib orang, 10 aib kita Allah tutup.
@jiah zaidi:dia bkn serang dia pi terjah je
@Aslinnasya:kak abby positif blh berbaik semula demi anak2. masing2 dah ada kehidupan yg baik. tgk skrg kak abby dah bahagia. allah dah bayar kepahitan yg lalu
Betul juga apa Kak Abby kata, dia yang tiada kaitan dalam isu ni pun terpalit sekali. Kita sebagai orang luar ni kalau boleh senyap jelah, jangan buka mulut. Biar mereka yang uruskan masalah sendiri. Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..