Home Viral Baru Sahaja Habis Perlawanan Harimau Malaya, Sekali Ini Yang Berlaku Pada Pengadil...

Baru Sahaja Habis Perlawanan Harimau Malaya, Sekali Ini Yang Berlaku Pada Pengadil Korea Selatan

131
0

Perlawanan yang baru sahaja selesai malam semalam yang menyaksikan Malaysia menang dengan jumlah satu jaringan manakala Thailand pulang tanpa jaringan sekaligus memberi skuad Harimau Malaya sedikit kelebihan untuk bermain pada ‘2nd leg’ selasa ini di tempat lawan.

Jaringan tunggal Faisal Halim itu yang memberikan skuad Harimau Malaya kemenangan namun gol yang seterusnya tidak di iktiraf oleh pengadil yang berasal dari Korea Selatan.

Jaringan kedua dinafikan kerana difahamkan pengadil mengatakan kekasaran pemain Harimau Malaya yang menggunakan siku terhadap pihak lawan.

Keputusan itu sekali gus membuatkan penyokong berasa tidak puas hati sepertimana dilakukan oleh pengadil Jepun, Ryuji Sato sewaktu Malaysia menentang Vietnam tempoh hari.

Tindakan Kim Dae Yong juga mencetuskan suasana tegang di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini yang berlaku pada Facebook Kim Dae Yong

5633

Seperti dijangka, akaun Facebook Dae Yong akhirnya menjadi mangsa serangan susulan peminat Harimau Malaya yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dari Korea Selatan itu.

Masing-masing kelihatan ‘seronok’ dan ‘asyik’ meninggalkan komen di setiap hantaran yang dibuat oleh pengadil berkenaan di laman Facebook. Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada akaun berkenaan merupakan laman rasmi Dae Yong.

Terdahulu, pengadil Ryuji Sato dari Jepun juga pernah mendapat kecaman penyokong ekoran keputusan tidak tepatnya sewaktu perlawanan antara skuad kebangsaan bertemu Vietnam.

Mana tidaknya ramai tidak berpuas hati apabila Sato melayangkan kad merah kepada pemain Harimau MalayaAzam Azmi Murad yang didakwa mengasari Doan Van Hau diluar garisan padang pada aksi perlawanan Kumpulan B AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 27 Disember lalu.

Sumber: Facebook Kim Dae Yong

Previous article“pungkoq hang lah..” – isteri Azhar Sulaiman ‘warning’ jika kahwin dua
Next articleAbby Abadi Terkilan Namanya ‘Dipetik’ Isu Masalah Rumah Tangga – Mengaku Masih Banyak ‘Rahsia’ Disimpan
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here