Home Hiburan Daiyan Trisha Tunai Umrah Bersama Keluarga – “Tempat Yang Saya Tak Pernah...

Daiyan Trisha Tunai Umrah Bersama Keluarga – “Tempat Yang Saya Tak Pernah Pergi, Tetapi Saya Terlalu Rindukannya

282
0

Daiyan Trisha memaklumkan yang dia kini sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya. Menerusi beberapa hantaran di Instagram, Daiyan meluahkan perasaan, berkongsi rasa yang sedang mengalir dalam dirinya sejak kerajaan membenarkan rakyat untuk terbang ke luar negara pada 1 April lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)


“Bagi mereka yang sudah lama mengikuti saya mungkin sedar yang saya pernah berada di kota yang berbeza setiap minggu, mengejar pesawat setiap hari sebelum datangnya COV1D-19.

“Saya akan ke Los Angeles lima hingga enam kali setahun, saya akan ke Marrakech dan seterusnya Seoul dan Tokyo selang seminggu. Saya berada di luar negara lebih lama berbanding saya di Malaysia. Hal itu yang sering saya nanti-nantikan,” tulisnya di Instagram.

Daiyan menambah, apabila w4bak COV1D-19 mel4nda, dia tidak terbang ke luar negara selama dua tahun dan sepanjang itu juga dia berasa rindu untuk meneroka dan mengembara seperti waktu dahulu.

“Saya rindu untuk terbang. Tetapi, apabila sempadan dibuka, dan peluang melancong datang, tiba-tiba saya berasa tak sedia. Seperti ada sesuatu yang menghalang saya. Sama ada saya terlalu sibuk atau saya mempunyai banyak perancangan. Saya tidak rasa mahu pergi (ke luar negara) lagi. Ada satu perasaan dalam diri saya yang meminta saya untuk sesuatu yang istimewa dan berharga untuk saya ke luar negara.

“Dan ini dia, Tanah Suci. Tempat paling indah untuk didatangi. Sepatutnya saya sudah tahu… Tempat yang saya tak pernah pergi, tetapi saya terlalu rindukannya. Tak pernah saya rindukan untuk berada di sesuatu tempat sehingga seperti sekarang ini.

“Ya Allah Ya tuhanku, terima kasih kerana menerimaku sebagai tetamu Mu dalam bulan yang mulia ini. Terima kasih kerana menjemput ku pada masa yang paling aku perlukan Mu. Nampaknya aku telah menunggu saat ini, kerana saya aku seperti Mu telah menungguku,” tulisnya lagi.

Sumber: Gempak

Previous article“Bulan Puasa Tak Meriah Tanpa Rancangan…”-Petikan Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan Diimbau
Next article“Dia tunggu mak dah takda.. baru dia ingat jalan nak balik…” -Lakonan Sheila Rusly dan Ozlynn Wati, raih pujian ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here