Home Hiburan “Dia tunggu mak dah takda.. baru dia ingat jalan nak balik…” -Lakonan...

“Dia tunggu mak dah takda.. baru dia ingat jalan nak balik…” -Lakonan Sheila Rusly dan Ozlynn Wati, raih pujian ramai

358
0

Terhentinya Doa sebuah telefilem istemewa sempena Aidilfitiri yang disiarkan pada tahun 2020 yang lalu. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Normah Damanhuri, Niena Baharun, Sheila Rusly, Azri Iskandar, Ozlynn dan ramai lagi. Telefilem ini diarah oleh Azman Yahya(Jenggo). Mengisahkan seorang ibu yang menghidap penyakit yang melarat tetapi melihat anak-anaknya bertengkar sesama mereka kerana tidak mahu menjaga maknya, sentiasa sibuk dengan pekerjaan dan harta yang ditinggalkan, luluh hati seorang ibu. Dalam telefilem ini menunjukkan, lakonan Sheila Rusly dan Ozlynn sedang bertengkar dapat pujian ramai dan sebak melihat reaksi maknya di dalam telefilem ‘Terhentinya Doa’.

Ozlynn seorang pelakon, pengacara, pengurus artis dan penerbit menerusi telefilem ‘Terobek Raya’, beliau pengurus kepada suaminya iaitu Johan Raja Lawak. Dilahirkan pada 22 September tahun 1981. Ozlynn berkahwin dengan Johan Raja Lawak dan dikurniakan enam orang anak iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleiq dan Cherdiq.

Sheila Rusly dilahirkan pada 18 September tahun 1971 berasal dari Selayang, Selangor. Belia merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit Malaysia. Mula bergiat aktif persada seni sejak 1986 ketika berusia 16 tahun. Ketika awal kemunculan, beliau banyak berlakon di bawah arahan pelawak terkenal A.R.Badul. Bakat komedinya dicungkil Badul hingga menjadi pelawak wanita paling popular di Malaysia.

Lihat klip durasi pendek Terhentinya Doa:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa kata orang ramai:

@Sara Aliya:dalam pergaduhan ni kita nampak jozlyn yang menang

@L U Q M A N O I:cerita ni berkait dengan dunia skang memang realiti …

@arraudhah:Dema ni klu berganding mmg power laaa…..meletup drama….script tu mmg kena jerrr

@CikPora:mcm bukan belakon bila yg pro² punye lakonan

@Mustaqim Khalil:Aku rasa tu bukan dialog asal. Mcm main keluar je ikut mulut. Hebat betul lah lakonan diorang

@ZiaZafrel:So boleh agak dah kenapa Johan panggil bini dia sebagai “Menteri Kewangan”

Netizen juga memberi kata-kata yang positif di ruang komen, juga memberi pendapat tentang penjagaan mak mereka dan soal harta. Oramai turut sebak kerana lakonan itu sememangnya berlaku di dunia yang nyata ini. Perkongsian video klip ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 1.4M penonton, 96.4K sukaan dan 1176 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Previous articleDaiyan Trisha Tunai Umrah Bersama Keluarga – “Tempat Yang Saya Tak Pernah Pergi, Tetapi Saya Terlalu Rindukannya
Next article“Tok Soh Kelik La Hok Duk KL tuu…” – Pemuda luah keadaan trafik semasa mndapat perhatian ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here