“Bulan Puasa Tak Meriah Tanpa Rancangan…”-Petikan Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan Diimbau

Ketuk-Ketuk Ramadan, salah satu rancangan memasak yang mana pengacaranya adalah Sheila Rusly menjadi antara paling popular satu ketika dulu. Dari rancangan tersebut membuat rakaman awal di pasaraya terkemuka, hinggalah ke lokasi lain. Semuanya memiliki tarikan tersendiri untuk ditonton.

Apatah lagi dengan kekecohan gaya pengacaraan Sheila Rusly serta tetamu jemputan membuatkan Ketuk-Ketuk Ramadan diminati ramai sejak bertahun-tahun lamanya. Malah baru-baru ini satu rakaman rancangan ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dan telah mencuri perhatian ramai.

Ketuk-Ketuk Ramadan

Apa yang membuatkan rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan ini mencuri perhatian adalah setiap tetamu jemputan yang hadir ke set pengambaran mesti terkantoi rasa makanan beriya-iya. Memandangkan rancangan ini menjalani pengambaran sebelum bulan puasa, mungkin disebabkan itulah ianya berlaku.

Korang saksikan hasil koleksi petikan rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan yang diimbau ini:

Nak dijadikan hal pula rancangan memasak tersebut ditayangkan di bulan puasa, nanti risau ada yang ‘pelik’ pula. Apa-apa pun perkongsian video ini membuatkan warganet meluahkan rasa rindu pada rancangan tersebut yang sudah tiada lagi ditayangkan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Hahaha rancangan ni diorang shoot bukan dalam bulan Ramadan hahaha adoiii”

Petikan Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan 4

“Program ni mencari siapa yang tak puasa sebenarnya hahahha..Best weii”

Petikan Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan 3

“Time aku keje lah ada ketuk2 ramadan. Time duk rumah tak de plak ketuk2 ramadan”

Petikan Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan 2

“Bulan puasa tak meraih tanpa rancangan Ketuk Ketuk Ramadan”

Petikan Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadan 1

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*