VOKALIS kumpulan Wings, Datuk Awie melahirkan keke.cewaan terhadap polemik yang berlaku dalam kumpulan rock legenda Search yang kini ber.pecah kepada dua ‘entiti’.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman,54, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan kumpulan berkenaan sudah berpuluh tahun ditubuhkan.
Malah, ujar Awie, industri seni di negara ini kecil berbanding dengan keme.lut yang dihadapi Search ketika ini.
“Saya anggap diri kami (Wings) ini junior dan mereka (Search) sudah seperti ‘big brother’. Ya saya dan anggota Wings yang lain memang kece.wa dan rasa sayang sangat band legenda tersebut jadi begitu (berp.ec.ah dua).
“Kami memang sangat kec.ewa…dah tua bangka nak mam.pus tapi tiba-tiba jadi ta.mak haloba. Hanya kerana nama dan bukannya ada harta pun.
“Sepatutnya perkara ini tak berlaku, masing-masing nak cari makan memandangkan Malaysia ini kecil saja. Nanti, pusing-pusing sana dan sini akan jumpa muka yang sama juga,” katanya ketika ditemui URTV.
Dalam pada itu, Awie turut berpendapat bekas ahli kumpulan terbabit yang pernah mengumumkan pengun.duran diri sebelum ini tidak sepatutnya menge.ruhkan keadaan dengan menggunakan nama Search dalam kumpulan baharu yang ditubuhkan.
“Yang dah keluar tu keluarlah, tinggallah yang sedia ada. Itulah Search bagi saya.
“Sudah umum keluar tapi masih nak bawa nama (Search) sekali, mana boleh. Dah keluar, buat nama baharu.
“Dah ada populariti, kamu bawalah populariti itu untuk bina satu perkara baharu. Kamu nak guna nama itu juga lepas tu nak hu.kum kawan-kawan…nak bu.nuh kawan-kawan. Apa faedah ni? Tak ada faedah.
“Kami pun ada anggota yang keluar, dia masih guna nama belakang Wings. Ada kami bising? Kami ketawa sahajalah,” ujar Awie.
Awie dan Wings ditemui pada sidang media Wings Rock & Dine 36th Anniversary Celebration yang akan berlangsung pada 26 Februari ini di Taming Sari Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.
Malah, Awie yang sebelum ini pernah keluar daripada Wings namun tidak pula terjadi isu kepincangan seperti yang berlaku pada Search.
“Saya yang bagi nama Wings dan saya pernah keluar daripada kumpulan. Tapi saya tak bising soal nama.
“Kamu nak cari makan, saya pun nak cari makan. Apa yang teruk sangat nak gaduh fasal nama?,” tegasnya.
Tambah penyanyi lagu Bara itu lagi, isu hak cipta tidak pernah berlaku dalam kalangan kumpulan-kumpulan lama sebelum ini.
Walau bagaimanapun, Awie turut menyarankan pemuzik-pemuzik generasi baharu terutamanya yang muncul secara berkumpulan untuk mendaftar nama kumpulan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
“Hanya orang tamak sahaja ke.coh fasal ini, orang lain mana ada ke.coh pun. Kalau tengok Alleycats, Carefree, Revolvers, Sweet Charity, tiada pun orang sibuk fasal nama. Yang satu ini kita pelik.
“Kalau dia nak pegang nama itu untuk kepentingan masa depan, itu lain cerita. Tapi kalau label (syarikat rakaman) yang daftar, nama itu menjadi hak milik label.
“Kalau dia nak rebut, dia kena berbincang dengan siapa yang cipta nama kumpulan dan daftar supaya sesiapa tidak boleh ‘claim’ (tu.ntut).
“Nasihat saya, kalau rasa sesuatu kumpulan itu ada nama yang bagus, daftarkan dengan MyIPO. Buat keputusan terbaik sama ada untuk daftarkan secara berkumpulan atau seorang individu sahaja yang pegang hak.
“Kalau boleh kita nak elakkan perbalahan di kemudian hari dan tak mahu ada isu berbangkit dan ada yang mula mempertikaikan. Sebaiknya daftarlah nama kumpulan,” ulasnya.
Sumber: utusantv