Home Hiburan “Jika Dlu Balik Sana Mahu Jumpa Ibu Tpi Sekarang..”- Luahan Aaron Aziz...

“Jika Dlu Balik Sana Mahu Jumpa Ibu Tpi Sekarang..”- Luahan Aaron Aziz Bt Ramai Sebak Lepas Ibu…

188
0

Kehila.ngan ibu tercinta pada dua tahun lalu mengubah rasa rindu Datuk Aaron Aziz. Jika dahulu kepulangan ke Singapura menjadi antara yang dinanti namun ternyata kini perasaannya berbeza.

“Jika dahulu balik ke sana mahu jumpa ibu, tetapi selepas peme.giaan memang saya sudah tawar hati. Perasaan pulang ke Singapura itu berbeza kini. Tidak terlalu mengharapkan sangat untuk dapat pulang ke sana. Malah dalam keadaan saya sib.uk juga menyebabkan saya tidak terlalu fikirkan.

“Tambahan pula dengan keadaan sekarang agak su.kar untuk pulang ke sana. Tetapi isteri saya baru saya pulang bersama anak-anak, jadi sempat juga mereka bertemu keluarga di sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

“Anak lelaki saya juga memang berada di sana. Jadi bila dia ke ku.bur ibu saya dan berkongsi memang momen itu cukup menye.dihkan sebab anak saya tidak sempat pulang ketika ibu saya meninggal,” katanya.

Meskipun si.buk dengan tawaran berlakon, Aaron menyatakan hasrat untuk kembali mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah bersama isteri, Datin Diyana Halik.

“Selepas lima kali menuna.ikan umrah kali ini memang saya dan isteri harap sangat dapat tuna.ikan yang wajib. Ikutkan, saya adalah romb.ongan terakhir yang meninggalkan tanah suci Makkah sebelum pelaksa.naan sekatan perjalanan kerana C.O.V.I.D-19.

“Memang saya sangat rindukan bau tanah suci itu sendiri, selepas hampir dua tahun tidak ke sana, semoga ada rezeki untuk saya dan isteri,” doanya.

The Oud by Aaron Aziz

Dalam perkembangan lain, Aaron yang sudah tiga tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan minyak wangi The Oud by Aaron Aziz mengakui semakin selesa.

Paling membanggakan apabila The Oud by Aaron Aziz turut menerima anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop.

“Melalui The Oud by Aaron Aziz kami mempunyai tiga produk. Sabr Oud Edp Parfum, Jameela Oud Edp Parfum dan yang terbaharu terbaru Al-Bayt Home Fragrance.

“Selepas hampir tiga tahun, penerimaan pengguna sangat memberangsangkan.

“Malah saya turut bersyukur maklum balas yang diberikan rata-rata memberitahu wangian The Oud by Aaron Aziz memenuhi citarasa mewah selain pada harga yang cukup murah. Mungkin melalui strategi itu juga kami diberikan peluang untuk meraih anugerah Minyak OUD terbaik 2021 daripada Astro GoShop,” katanya.

Melihat perkembangan The Oud by Aaron Aziz dari awal pengenalannya, jelas Aaron yang juga ahli Lembaga pengarah Nori Malaysia Sdn Bhd., dia sendiri tidak sangka apa yang dimulakan sebagai satu kepuasan diri kini membawa kepada satu peluang yang cukup besar untuk dia meneroka dunia perniagaan.

“Bila diberi ruang Nori Malaysia untuk saya muncul dengan wangian sendiri, saya memilih bauan popular tanah suci. Kalau kita tahu bauan Oud ini memang mahal, jadi bila saya kenalkan bauan ini di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz dengan harga yang jauh lebih murah ramai yang tidak percaya. “Tetapi di sini apa yang saya utamakan adalah kualiti pembuatan selain memastikan ia setanding dengan bauan antarabangsa lain.

“Ketika saya mulakan The Oud by Aaron Aziz juga menjadi niat saya untuk membantu orang di luar sana memulakan perniagaan. Jadi bila dalam tempoh PKP lalu, memang ini antara yang banyak membantu mereka. “Alhamdulilah sepanjang tiga tahun hampir 100,000 botol sudah terjual selain pasaran Malaysia, antara yang negara lain yang turut memberi sambutan yang baik adalah Singapura dan Brunei,” jelasnya.

Mahu memastikan The Oud by Aaron Aziz terus menjadi pilihan penggemar wangian dari tanah suci, ketika ini kongsi Aaron dia juga akan memperkenalkan produk terbaharu tidak lama lagi.

“Buat masa ini kami sedang merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk baharu di bawah jenama The Oud by Aaron Aziz. Cuma buat masa ini kami memberi tumpuan kepada tiga produk ini dahulu, terutamanya Al-Bayt Home Fragrance.

“Jika selalunya wangian hanya untuk badan, melalui produk Al-Bayt ini kami mencuba wangian untuk rumah. Mungkin disebabkan pandemik yang melanda dunia ketika ini ramai yang menggunakan bauan ini di rumah kerana rindu untuk ke sana.

“Selain itu melalui Nori Malaysia juga saya bersyukur produk The Oud by Aaron Aziz juga mudah didapati.

“Ketika ini semua produk kami berada di rangkaian Aeon di seluruh negara antaranya MidValley, Maluri Bukit Tinggi, Shah Alam, Cheras Selatan, Nilai dan banyak lagi. Selain itu juga ke empat-empat wangian saya ini juga boleh didapati di Wetex, Muar yang juga outlet Nori,” tambahnya.

Sumber: Gempak

Previous article” Seb4k pula tengok ” – Lepas 3 Tahun Buang Tum0r, Adik Ainul Mardhiah Bertemu Semula Dr Amalina
Next article“Kami memang sangat kec3wa… dah tua b4ngka tapi tiba-tiba jadi t4mak hal0ba,”- Awie
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here