Home Uncategorized “”Saya trkejut & tidak pernah..” Tular Pengantin Dihadiahkan Penyapu, Mop ketika Brsanding...

“”Saya trkejut & tidak pernah..” Tular Pengantin Dihadiahkan Penyapu, Mop ketika Brsanding Jdi Tumpuan!

80
0

“Nampak memang lucu bila kawan bagi hadiah penyapu dekat atas pelamin tapi bila fikir balik semua adalah kenangan gembira dan tidak akan dilupakan,” kata Mohamad Hamirul Abd Hamid, 25.

Itu reaksi Mohamad Hamirul selepas rakaman persandingannya bersama pasangan, Nurul Safika Abu Zamar, 25, mendapat perhatian di media sosial disebabkan rakan-rakannya memberikan hadiah perkahwinan yang ja.rang diberikan secara terus kepada pengantin di atas pelamin ketika majlis persandingannya di Pasir Gudang, di sini, 23 Januari lalu.

Perkongsian yang dimuat naik rakannya di aplikasi TikTok itu turut mendapat perhatian di platform media sosial lain dan meraih lebih tiga juta tontonan setakat ini.

gfhgj

RAKAN-RAKAN menghadiahkan penyapu, mop dan barangan lain ketika persandingan pasangan pengantin. FOTO Ihsan pembaca

Lebih menarik perhatian apabila Mohamad Hamirul menerima hadiah itu dengan riak wajah yang begitu gembira biarpun hadiah diterima bukanlah barangan yang mahal.

Katanya, antara hadiah perkahwinan yang diberikan termasuklah penyo.dok, mop, gayung, pencuci pinggan, mangga kunci, penyangkut baju, beras dan beberapa barangan dapur lain.

“Saya memang tidak tahu mereka (rakan Hamirul) merancang beri hadiah itu. Isteri dan keluarga juga ketawa saja dan anggap keju.tan mereka itu tanda ikatan persahabatan kami semua,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

RAKAN-RAKAN yang membuat kejutan menghadiahkan pelbagai barangan ketika pengantin bersanding. FOTO ihsan pembaca
RAKAN-RAKAN yang membuat keju.tan menghadiahkan pelbagai barangan ketika pengantin bersanding. FOTO ihsan pembaca

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia dan isteri juga terkejut apabila dimaklumkan rakaman ketika majlis persandingannya itu tular di media sosial.

“Saya ter.kejut dan tidak pernah tahu pula ia dirakam dan dimuat naik kelmarin di TikTok kerana saya tiada akaun.

“Dapat tahu viral apabila ramai tag nama saya di Instagram tetapi apa pun saya anggap ia positif dan mungkin juga boleh jadi idea hadiah kahwin untuk orang lain,” katanya yang berasal dari Johor Bahru.

Menurutnya, dia menghargai semua hadiah perkahwinan yang diberikan rakannya.

“Gembira bila rakan rancang untuk kita, itu maknanya mereka ingat dan hargai kita sebagai sahabat. Persahabatan bukanlah terletak pada harga (barangan). Saya juga ucap terima kasih kepada rakan kerana rancang detik itu pada persandingan saya,” katanya.

Sumber: HM

Previous article“Kami memang sangat kec3wa… dah tua b4ngka tapi tiba-tiba jadi t4mak hal0ba,”- Awie
Next articleMemey Syukur Nikmat Impian Miliki Kereta ‘Tak Ada Bumbung’ Tercapai – “Sorrylah Mummy Kongsi Sini Sebab…”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here