Home Hiburan ”Alhamdulillah Syukur”-Elly Mazlein Selamat Lahirkan Anak Kedua

”Alhamdulillah Syukur”-Elly Mazlein Selamat Lahirkan Anak Kedua

210
0

PETALING JAYA – Selebriti versatil Elly Mazlein selamat mel4hirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta pada 12.23 pagi tadi.

Kongsinya, kehadiran bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan itu melengkapkan lagi keluarga kecilnya selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

“Assalamualaikum, saya selamat bersalin pada 23 October 2021 pukul 12.23 pagi tadi. Alhamdulillah mama dan Haider sihat.

“Terima kasih suami jaga mama sepanjang mengandvng sehingga bers4lin. Bertambah seorang lagi seorang dalam keluarga comel kita, syukur ya Allah,” katanya dalam sebuah entri Instagram hari ini.

Bercerita lanjut, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu bersyukur proses kelahiran Haider berjalan dengan lancar.

“Suami, emak dan jururawat membaca surah Yasin, beri ayat mudahkan bersalin. Syukur, cepat Haider nak jumpa mama dan papa.

“Dengan ini saya nak memperkenalkan anak kedua, Haider. Selamat datang ke dunia kegembiraan kecil saya,” katanya lagi.

Sebelum ini, pada Julai lalu Elly pernah menarik perhatian umum dengan satu hantaran Instagram apabila berkongsi sekeping foto menunjukkan dua buah katil iaitu berwarna merah jambu dan biru sekali gus pengikutnya mula membuat andaian bahawa jantina bayi yang bakal dilahirkan ialah lelaki.

Terdahulu, pengacara program Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan seorang guru asal Kelantan, Mohamad Azlan Che Nuh, 31, pada 18 Januari 2020.

Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Sumber : – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak Kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Maryam Dengan Mummy Baru..”Baru Nikah Dah Bawa Maryam Kelvar Jenjalan
Next article[VIDEO]”Suami Korang Pernah Macam Ni Juga Ke?’’-Gementar Jumpa Anak, Nabil Mahir Laung Takbir Raya Apabila Disuruh Azan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here