Bekas anggota kesela.matan yang pernah mem.bu.nuh tujuh ko.mu.nis pada 1951, Jantan Baba, 94, me.nin.g.gal du.nia a.ki.bat sa.kit tua, selamat disemadikan di Tanah Per.ku.buran Islam Kampung Melaka Pindah di sini, petang semalam.
Cucu saudaranya, Abd Majid Ibrahim, 58, berkata Allahyarham yang juga Ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menghembuskan nafas terakhir di Ho.spi.tal Alor Gajah, kira-kira jam 12 tengah hari.
Allahyarham Jantan Baba (gambar kecil) meni.nggal du.nia aki.bat sa.kit tua. – NSTP/Nazri Abu Bakar
Ketika remaja, Allahyarham juga pernah dihantar ke Siam pada berumur 14 tahun bersama dua abangnya apabila dipak.sa menjadi bu.ruh binaan lan.dasan kereta api di negara itu selama setahun.
Jantan berkhidmat dengan Batalion Pertama Askar Melayu selepas menamatkan latihan rekrut di Port Dickson dan sepanjang perkhidmatannya pernah menyelamatkan ramai rakan-rakannya ketika pertempuran termasuk Leftenan Muda Philcox, walaupun dirinya sendiri men.gala.mi kece.de.raan aki.bat ditem.bak pen.gga.nas.
Jantan Baba, 94, me.nin.g.gal du.nia a.ki.bat sa.kit tua
Beliau berkata, Allahyarham yang juga bekas Pegawai Waran II Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu pernah mengetuai operasi menen.tang ko.mu.nis pada 8 April 1951 di Kongkoi, Kenaboi, Negeri Sembilan.
Ketika hayatnya, hasil jasa dan keberaniannya mem.bu.nuh tujuh ko.mu.nis ketika dar.urat, Allahyarham dianugerahi Pingat Keberanian British Military Medal (M.M) yang setaraf Pingat Gagah Berani oleh baginda King of England pada tahun 1951.
“Allahyarham yang me.ning.galkan enam anak turut menerima penganugerahan daripada Pesuruhjaya Tinggi British Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray, selain pernah dipilih mewakili batalion menghadiri pertabalan Queen of England pada 1952.
“Ketika upacara Pengisytiharan Kemerdekaan, beliau berada di belakang Raja-Raja Melayu serta Bapa Kemerdekaan Negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
Ketika upacara Pengisytiharan Kemerdekaan, beliau berada di belakang Raja-Raja Melayu serta Bapa Kemerdekaan Negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
“Beliau diberi penghormatan menjadi pemegang cokmar ketika persidangan Parlimen pertama negara, selain namanya turut terpahat di Tugu Peringatan Negara,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
TUN Mohd. Ali Mohd. Rustam menyematkan Bintang Cemerlang Melaka kepada Jantan Baba sempena sambutan hari jadi Yang Dipertua Negeri Melaka itu di Balai Istiadat, Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam. – UTUSAN/ RASUL AZLI SAMAD
Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan turut memberi pengiktirafan di atas jasa dan pen.gor.banan Allahyarham dengan penganugerahan Pingat Gagah Berani (PGB), manakala Kerajaan Negeri Melaka menganugerahkan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) pada tahun 2020.
Sejarah perjuangannya menyaksikan Allahyarham turut ter.sela.mat daripada ma.ut walaupun di.tem.bak ko.mu.nis dengan jarak dekat, apabila pe.lu.ru hanya terkena sisi telinga kiri dan leher.nya.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber:BH