Personaliti popular TV3, Hawa Rizwana, 26, berterima kasih terhadap peminat yang sentiasa prihatin dengan keadaan kesihatannya.
Ia berikutan Hawa nampak keletihan dan tiada ‘mo.od’ serta seperti sedang me.na.han men.gan.tuk ketika tam.pil membaca berita dalam Buletin Utama di TV3, baru-baru ini.
Hawa berkata, secara jujurnya dia tidak perasan raut wajahnya sebegitu.
“Apapun terima kasih atas peringatan dan nasihat kawan-kawan supaya saya cukup rehat serta makan. Saya gembira bekerja untuk berkongsi meklumat dengan pendengar, penonton serta saya pun gembira belajar daripada rakan-rakan sekerja dan penonton,” katanya.
Hawa yang mulanya bergelar pembaca berita TV3 ditawarkan sebagai penyampai radio Buletin FM bergandingan dengan pengacara Ally Iskandar sejak 2 Ogos lalu.
Mereka bertugas mengendalikan segmen pagi di Buletin FM dan perlu berada di pejabat tepat jam 5 pagi. Tugas sebagai penyampai radio juga menuntut Hawa bangun seawal jam 3 pagi.
Selain bertugas di Buletin FM dan Buletin Utama, dia juga akan terbabit mengacarakan Hello Doktor untuk sekali atau dua kali sebulan pada Ahad.
Hawa men.ga.kui keluarganya turut bimbang mengenai keadaan kesihatannya, namun dia menjelaskan tetap mempunyai masa tidur dan rehat yang cukup hasil membuat susunan jadual kerja yang baik.
Terdahulu, satu akaun TikTok dikenali sebagai @_kak.rose memuat naik penampilan Hawa dalam keadaan le.su ketika tampil membaca berita dalam Buletin Utama.
VIDEO:
Perkongsian ini menjadi tular dan mengundang simpati warganet yang turut meminta Hawa menjaga kesihatan dan memastikan mendapat rehat secukupnya kerana memerlukan tenaga yang cukup untuk bekerja.
KOMEN IG HAWA:
“Hawa Jangan Ngantuk..”
“Jangan lupa rest ya sis!..”
“Awak nampak Ngantuk..”
Samapi sini ngantuk..”
tak fokus pada info, Fokus pada jawa je..”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: HM via Utube