Sejak berita Sajat telah ditangkap di Thailand dan kini memegang kad pelarian UNCHR, nama usahawan kosmetik ini sekali lagi menjadi bualan utama netizen di media sosial.
Ada netizen yang mengharapkan pihak berkuasa akhirnya dapat menangkap Sajat dan ada juga yang meminta supaya pihak berkuasa berhenti memburu Sajat.
“JAIS buru Sajat”
Macam yang korang tahu juga, ada segelintir mengatakan punca sebenar Sajat lari dari Malaysia adalah kerana dia kalah kes sivil dan enggan membayar ganti rugi yang diperintahkan oleh mahkamah.
Namun, Siti Kasim yang mengatakan dia pernah menjadi peguam kepada usahawan tersebut menafikan perkara ini.
“Saya adalah peguam yang memulakan kes tersebut tapi kes itu telah diambil oleh peguam lain untuk diselesaikan dan malangnya tidak berjaya. Sajat kalah kes kerana peguam tersebut tak cekap. Dia ada kes yang bagus untuk melawan bekas pekerjanya. Saya tahu fakta. Sajat terpaksa larikan diri kerana JAIS burunya.”
“Jangan percaya fitnah”
Siti Kasim turut meluahkan kekecewaannya bila ramai orang percaya Sajat melarikan diri kerana kalah kes sivil.
“Menakjubkan bagaimana orang boleh percaya dia lari kerana kes sivil? Itu tak benar. Dia lari kerana JAIS nak dakwa dia pakai baju kurung di satu majlis. Jangan percaya fitnah.”
Selain itu, Siti Kasim juga turut meminta agar pihak berkuasa lebih fokus dengan kes yang lebih penting berbanding kes Sajat.
“Macam mana mereka boleh bersungguh-sungguh sampai melibatkan negara lain untuk perkara macam ni. Kita masih ada kes kanak-kanak hilang seperti Indira yang polis masih belum jumpa. Kelakar dan mereka diskriminasi kes mana yang perlu didahulukan.”
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam proses melengkapkan segala dokumen bagi mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat dari Thailand ke negara ini.
Sajat sebelum ini dikategorikan sebagai orang dikehendaki selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu selepas kes berkenaan disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Peguam Negara dan Kementerian Luar untuk membolehkan proses membawa pulang Sajad berjalan lancar.
“Ia bagi memberi kuasa kepada pihak PDRM untuk membolehkan Sajat dibawa pulang mengikut saluran undang-undang antarabangsa.
“Berdasarkan maklumat kita terima, Sajat memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand bahawa beliau adalah pelarian selepas memiliki kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” katanya pada sidang media di Rawang, di sini, hari ini.
Abd Jalil menasihatkan Sajat supaya pulang secara baik supaya pendakwaan kes yang sedang dihadapinya dapat diselesaikan.
Dalam perkembangan berkaitan, JSJ Bukit Aman turut menyiasat mengenai pihak yang membantu Sajat lolos ke Thailand ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Abd Jalil berkata, siasatan dan maklumat itu juga akan diberi kepada pihak berkuasa di sempadan bagi mengelak kejadian melepasi sempadan, berulang.
Sajat kini diarah melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.
Pihak berkuasa masih lagi dalam proses perbincangan dengan pihak Thailand serta meminta agar Sajat pulang ke Malaysia. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: LM