Home Hiburan “ Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua,” – Azlee Khairi

“ Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua,” – Azlee Khairi

220
0

Pelakon Azlee Khairi mengesahkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama wanita pilihan, Nurul Hidayah atau Dhiya pada Januari 2021.

Menurut Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Khairi Zulah Hainee, perkahwinannya bersama Dhiya yang bertugas sebagai kru penerbangan itu dijalankan secara atas talian.

azleekhairiofficial 210808312 3230300823761673 3891125792199082128 n

“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan dikurniakan dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.

“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.

“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing-masing,” katanya.

Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul susulan satu perkongsian gambar bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun, baru-baru ini di Instagram.

“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.

“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, bintang drama Love You Mr Arrogant turut menjelaskan, dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu.

azleekhairiofficial 150620072 419509579340946 2817498817641736245 n

Bagaimanapun kerana situasi semasa C0V1D19, perancangan itu tergendala.

“Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.

“Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami. Saya kena hormat permintaan keluarga masing-masing,” katanya yang turut mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina dirahmati dan berkekalan buat selamanya.

Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014 seterusnya menetap di sana.

Namun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada tahun 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi berstatus suami orang.

Sumber: Media Hiburan

Previous article“Syukur Alhamdulillah…”- Intan Ladyana Selamat Bersalin Dan Dedah Jantina Anak
Next article[VIDEO] Kru Shenzhou-13 Sambut Tahun Baru Cina Di Angkasa Lepas Bt Pertama Kali Jadi Tumpuan Dunia!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here