“Syukur Alhamdulillah…”- Intan Ladyana Selamat Bersalin Dan Dedah Jantina Anak

Pelakon Intan Ladyana selamat melahirkan bayi sulung pada pukul 11.40 malam tadi.

Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 40, melahirkan bayi perempuan dan berita menggembirakan tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar malam tadi. Bayi perempuan kami selamat dilahirkan pada pukul 11.40 malam pada 31 Januari 2022,” tulis Intan sebagai kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by INTAN LADYANA (@intanladyana)

Sekeping foto dirinya bersama suami, Harris Alif, 23, dan ‘ahli baharu’ keluarga kecil mereka dikongsikan kepada umum dalam perkongsian terbabit.

Menjengah ruangan komen, ramai rakan selebriti termasuk para peminat menitipkan ucapan tahniah buat pasangan selebriti itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harris Alif (@harrisalif)

“Syukur alhamdulillah, tahniah!,” coret pelakon Bella Astillah yang juga isteri kepada penyanyi Aliff Aziz dalam ruangan komen.

Terdahulu, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga tahun lalu dan jurang usia antara mereka iaitu 17 tahun menjadi perbualan ramai.

Sepanjang proses kehamilan, Intan jarang berkongsi tentang kehamilan dan lebih selesa mengambil pendekatan tidak terlalu bercerita tentang fasa istimewa buat golongan wanita itu kepada orang ramai.

Sumber: K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*