Menerusi halaman tiktok, tular satu rakaman video nyanyian nasyid pelajar Sekolah Rendah Tengku Budriah. Dia menyanyikan lagu nasyid berjudul Di Pondok Kecil, Nada Murni. Nyanyian adik ini sungguh merdu, sungguh lunak. Ramai yang meremang dengar kenyaringan suara adik ini.
Klip video tersebut mencecah sebanyak 300 ribu tontonan dan 30 ribu sukaan. Di ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka begitu sebak mendengar nyanyian lagu ini. Ramai yang terkenang arwah ayah mereka yang sudah pergi, untuk selama-lamanya
Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh
View this post on Instagram
Jom Tengok Apa Kata Netizen
@ameenaddeen: dan dan teringat tahun 89,90 dan 91😌😌 nadamurni..Allah manisnya
@Wawaaaaaa: Waktu sekolah agama saya nasyid bawak lagu ni lepas menyanyi arwah ayah saya berdiri tepuk tangan, terus saya peluk menangis 😔 rindu arwah ayah
@mr killer: dgr lagu ney time otw balik dri Jb ke kedah utk tgk arwah ayah meninggal…. Smpai bila2 pn sy akan ingt lagu ney… Al fatihah utk arwah ayah
@carlnajme: pernah try nyanyi lagu ni.. tp xleh habis.. ayaq mata ttba jatuh.. sbb tringat ank kat umah,andai kata 1 hari aku xdak nanti…
@rasidahlatif8: masyaallah aqeef bergema suara cucu nnk busu keseluruh alam….
@Furqan Mohamad959: bestnya nasyid ni. terimgat masa kem sebelum peperiksaan upsr dlu
@Costarica006: maasya Allah,merdunya suara Adik ni..lagu ni buat teringatkn arwah p.sdare,sewaktu arwah meninggal anknya 2 org Masih kecil.. Alfatihah buat p sdareku
@Azrul Azmi Junaidi: Ya Allah……rindunya kat arwah ayah……akibat sakit kanser usus…..AL Fatihah Junaidi Bin Junid
@Amir Azim: dah la muke ko sedih dik.. sore same dulu.. aduhai kenangan
@🐯ᵀᴵᴳᴱᴿanakibubaba: x leh dgr la lagu nih.. auto kuar air mata…lagi2 yg nyanyi suare die merdu mcm ni Al-fatihah arwah abah
@tamboq dahart: nostalgia betul .. semoga Allah mengampuni semua dosa2 kita dan saudara seislam yg hidup ataupun telah meninggalkan dunia
Sebak nya dengar adik ni nyanyi. Meremang min. Kepada mereka yang mengenang arwah ayah, sedekahkan lah al-fatihah kepadanya. InsyaAllah mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
Sumber Tiktok dan Instagram