Home Hiburan “Waww, tahniah..” (Video) Sekali Lafaz Usop Dah Bergelar Suami, Tak Terburu-Buru Nak...

“Waww, tahniah..” (Video) Sekali Lafaz Usop Dah Bergelar Suami, Tak Terburu-Buru Nak Anak

131
0

Dua tahun perkenalan akhirnya penyanyi Usop selamat bernikah kepada pasangan pilihannya, Nur Fatihah Md Hashim dengan sekali lafaz pada 10 pagi, Jumaat.

Melahirkan rasa syukur, Usop atau nama sebenarnya Muhamad Saiful Naim Mohd Noor berharap dia dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik biarpun usianya masih muda.

Penyanyi berusia 24 tahun ini turut berkata dia ingin menjadi seorang suami yang terbaik buat Fatihah, 25.

Foto: IG

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis ini

“Walaupun usia saya boleh dikatakan masih muda, tapi saya harap dapat membimbing dan memegang tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin menjadi suami yg terbaik buat Fatihah. Ini adalah janji saya kepada keluarga bagi memastikan ikatan ini terus berkekalan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

Majlis akad nikah secara tertutup diadakan di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, 13100 Penaga, Pulau Pinang.

Dalam majlis pernikahan itu menyaksikan hantaran sembilan dulang dari pihak perempuan dan berbalas tujuh dulang dari pihak lelaki.

Manakala mas kahwin sebanyak RM3,000 serta seutas gelang tangan sebagai acara batal air sembahyang.

Berkongsi mengenai cahaya mata, naib juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage 2020 ini enggan terburu-buru kerana ingin fokus membina kehidupan sebagai suami isteri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Usop ? (@usopofficial)

“Soal zuriat saya dan isteri tidak terburu-buru sebaliknya saya serahkan kepada rezeki. Saya percaya masa yang tepat akan tiba.

“Tapi buat masa ini, fokus kami untuk membina kehidupan sebagai suami isteri terlebih dahulu. Saya ingin melihat Fatihah bahagia bersama saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Usop dan Nur Fatihah mengikat tali pertunangan pada 4 November tahun lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Previous article[FOTO] Emma Maembong Seronok Bercuti. Sekali Ini Yang Jadi Bualan Netizen.
Next article“Ingat nak pergi nikah tadi..” (Video) Berbaju Melayu, Penampilan Sharnaaz Ahmad Jadi Bualan!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here