Tidak disangka-sangka persembahan Aliff Aziz mencetuskan fenomena lagi di media sosial apabila dia membawakan lagu berjudul Kasih Tak Sampai sekali gus bergelar juara konsert mingguan Gegar Vaganza (GV8).
Konsert kedua Gegar Vaganza musim kelapan, (GV8) ini memaparkan semua peserta menarik perhatian penonton. Pun begitu, nampaknya bakat penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun ini semakin mendapat tumpuan umum.
Meskipun bermula sebagai penyanyi dan single pertamanya berjudul Sayang Sayang cukup popular sekitar tahun 2007, namun Aliff Aziz sangat disukai sebagai pelakon.
Walau bagaimanapun, tidak semena-mena selepas melibatkan diri dalam rancangan Gegar Vaganza pada tahun ini bakat Aliff Aziz mengejutkan warganet. Ini kerana, bakat nyanyi Aliff Aziz semakin disukai ramai.
Ini jelas terbukti dengan minggu pertama dan kedua GV8 apabila bakat nyanyi Aliff Aziz menerima pujian juri dan penonton dan konsert kedua pula suami kepada Bella Astillah ini tidak mengecewakan.
View this post on Instagram
Ruangan komen perkongsian nyanyiannya di GV8 juga membuatkan peminat dan penonton rancangan tersebut membanjiri dengan pelbagai reaksi positif.
“Perghh dia nyanyi malam ni memang sedap gilaa. Feel dia…”
“Tiber aku fans dia. Bapak padu suara…”
“Rupanya bakat tu sangat besar… performance is so high class”
Sumber: HCL