Home Hiburan Sudah 2 Tahun Menyepi, Ini Keadaan Terkini Zamani Slam Yg Jadi Punca...

Sudah 2 Tahun Menyepi, Ini Keadaan Terkini Zamani Slam Yg Jadi Punca Dia Tak Mampu Buat Persembahan

214
0

BAKAL menjayakan konsert berskala besar Februari tahun depan, vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani mengakui teruja untuk menghiburkan peminat yang sudah lama merindui kemunculan mereka.

Meskipun sebelum ini keadaan kesihatannya kurang baik, Zamani atau nama sebenar Zamani Ibrahim, 50, berkata itu bukan penghalang untuk dia memberikan persembahan terbaik pada malam konsert tersebut.

“Memang ada rasa (gementar) sebab dah dua tahun tak keluar tiba-tiba nak muncul dalam konsert besar, jadi ada la rasa sedikit tekanan tapi dalam masa sama kita rasa happy sebab nak jumpa peminat.

“Cuma itulah kita takut kalau ada benda-benda yang tak diingini berlaku… yang itu kita cuba elakkan. InsyaAllah semoga semuanya dipermudahkan sehingga hari konsert itu nanti.

“Saya pun sebenarnya tidak mahu faktor kesihatan dijadikan alasan… kalau boleh saya nak tutup buku tentang masalah kesihatan ini dan beri fokus sepenuhnya persediaan konsert itu nanti,” katanya kepada mStar.

zamani

Zamani tak sabar nak bertemu peminat.

Zamani berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kumpulan ini bakal mengadakan konsert istimewa di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari tahun depan.

Untuk rekod, penyanyi yang popular menerusi lagu Gerimis Mengundang ini menghidap peny4kit skoliosis yang membuatkan tul4ng belakangnya melengkung sejak 2019.

Berkongsi perkembangan terkini, Zamani memberitahu masalah yang dihadapinya semakin pulih hasil raw4tan yang dilakukan selama ini.

zamani 2

(Dari kiri) Eddie, Shah dan Zamani bakal muncul dalam Konsert Slam Mentari Muncul Lagi pada Februari 2022.

“Memang peny4kit itu mengganggu kemampuan vokal saya sebab tulang belakang itu menghimpit saraf.

“Tetapi Alhamdulillah hasil rawatan berterusan termasuklah dengan menggunakan katil Ceragem, kesihatan saya semakin baik.

Selepas ini kami dah boleh berlatih bersama-sama sehingga hari konsert.

“Sebab itu saya yakin untuk mengadakan konsert pada tahun hadapan. Kalau ikutkan tarikh asal iaitu pada Januari lalu, tapi semasa itu memang saya masih s4kit,” ujarnya.

Tiket bagi Konsert Slam Mentari Muncul Lagi bermula serendah RM130 hingga RM700 dan tempahan tiket boleh dilakukan menerusi www.myticket.asia.

Sumber : MSTAR ONLINE via https://bartasangbad.site/

Previous article[VIDEO]“Tak dinafikan…”-Netizen tak sangka bakat nyanyi Aliff Aziz sangat besar
Next article[VIDEO]“Dia boleh berhenti letak tepi jalan” – Ibu ters3ntuh tengok cara suami didik anak
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here