Home Hiburan Ali Puteh mahu rayu batal keputusan kemenangan Hidayah, puncanya mengejutkan ramai

[VIDEO] Ali Puteh mahu rayu batal keputusan kemenangan Hidayah, puncanya mengejutkan ramai

144
0

BARU saja menarik nafas lega setelah menang kes sam4n fitn4h, balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali terpaksa kembali ke mahk4mah sedikit masa lagi.

Ia susulan adik iparnya yang juga pelawak Ali Puteh bercadang untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat yang berpihak kepadanya.

Menurut Ali Puteh atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 33, dia mendapati wujud beberapa fakta yang tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.

“Alhamdulillah selesai di Mahk4mah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahk4mah Tinggi.

“Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahk4mah Tinggi nanti.

video ali puteh mahu rayu batal keputusan kemenangan nor hidayah dakwa wujud fakta tak betul sensasi mstar 620f3966359cb

Hidayah menang kes sam4n terhadap Ali Puteh.

“Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan,” katanya kepada mStar pada Jumaat.

Terdahulu, Hakim Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan membuat keputusan yang berpihak kepada Nor Hidayah dan memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah, 31, memfailkan sam4n fitn4h terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan

ALI PUTEH

PELAWAK

Sementara itu ditanya tentang keyakinannya untuk mencabar keputusan berkenaan di peringkat yang lebih tinggi, Ali Puteh berkata dia sekadar mahu menggunakan saluran perundangan yang ada.

“Saya ada ruang untuk merayu sebab ada beberapa fakta yang tak betul. Jadi saya akan kongsikan di Mahk4mah Tinggi nanti.

“Apa pun keputusan hari ini saya okey saja, saya akur. Saya tak marah atau nak meng4muk… saya horm4ti keputusan mahk4mah,” katanya.

video ali puteh mahu rayu batal keputusan kemenangan nor hidayah dakwa wujud fakta tak betul sensasi mstar 620f3966c310e

Ali diperintah oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Hidayah.

Ditanya sama ada dia sudah bersedia dengan kec4man netizen selepas kalah dalam kes sam4n fitn4h ini, Ali Puteh berkata dia sudah menjangkakannya.

“Saya dah bersedia… menang pun kita kena (kec4m), kalah pun kita kena. Jadi saya tiada masalah dengan netizen.

“Sebab kita tahu apa yang berlaku. Kalau saya share di media sosial, ia akan jadi masalah di Mahkmah Tinggi nanti,” katanya.

VIDEO :

Sumber : mStar

Previous article“Tak Cover Langsung..” (Video) Susukan B4yi Hingga ‘Trsembul’ , Kak KM Dikec4m Netizen
Next article“kurang aj0r letak telipon..”- Jinggo S0und Sikap Pelakon ‘Demand’ Bayaran Trlalu Tinggi!
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here