Home Hiburan Kelakar habis, hadiah yang dibawa kawan pengantin ini buat ramai terhibur

[VIDEO] Kelakar habis, hadiah yang dibawa kawan pengantin ini buat ramai terhibur

285
0

APABILA seseorang menamatkan zaman bujang bersama kekasih pujaan hati, pasti kehadiran teman rapat antara yang ditunggu-tunggu pasangan pengantin.

Mereka yang mungkin sudah dikenali sejak zaman remaja pastinya akan membikin suasana lebih havoc.

Capture 26

Pelbagai ragam dapat dilihat sama ada kena pengantin kena ‘pr4nk‘ atau gurau senda yang mencuit hati.

Perkongsian seorang pemuda, M Fahmi di dalam akaun TikTok miliknya mengenai majlis perkahwinan sahabatnya membuatkan ramai netizen geli hati.

Untitled design 2022 02 07T151047.702

Mana tidaknya, hadiah yang dibawa bukan calang-calang. Boleh lengkap perkakas rumah dibuatnya. Enam video pendek yang dikongsikan mempunyai ceritanya tersendiri.

Paling lucu, video pertama berdurasi 27 saat yang mana segerombolan pemuda membawa hadiah masing-masing tanpa segan-silu.

Paling mencuit hati, antara hadiah yang dibawa bersama seperti tudung saji, tong gas, mesin penapis air dengan nota sila sambung bayar, mop, joran dan tempat penggosok seterika.

Aduhai memang kelakar habis.

Kedatangan bukan sahaja disambut dengan senyuman si pengantin, tetapi gelak ketawa daripada keluarga dan tetamu yang datang bergema di seluruh rumah.

Tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, acara kemuncak sesi penyerahan hadiah dilakukan di depan pelamin.

Untitled design 2022 02 07T150825.006 1

Ramai yang tertanya-tanya motif hadiah rotan yang turut dibawa sepanjang perarakan tersebut.

Tulis M Fahmi, hadiah rotan tersebut khas buat isteri pengantin. Memang huru-hara jadinya apabila mempunyai kawan yang jenis suka mengusik.

Tidak hanya diusik dengan hadiah, rombongan pengantin pada awal majlis juga sudah terkena pr4nk.

Lazimnya, apabila pasangan pengantin tiba di rumah, mereka akan disambut dengan minuman manis.

Namun lain pula yang terjadi, pengantin diberi minum air garam. Kongsi pemuda itu lagi, siap tahan pengantin dan disuruh minum air garam dahulu.

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut turut terhibur. Memang meriah jika mempunyai sahabat yang jenis happy go lucky dan gil4-gil4.

Ramai yang bersetuju dengan hadiah yang dibawa kepada pengantin bagi memudahkan urusan selepas berkahwin. Walaupun nampak kelakar, namun kesemua barangan tersebut memang praktikal dan diguna pakai di rumah.

Apa yang penting sahabat yang sentiasa di sisi pada saat diperlukan memang susah nak dapat pada zaman sekarang ini. Jadi, hargailah teman-teman yang berkawan dengan hati yang ikhlas dan bukannya sebaliknya.

Komen netizen:

1 7

2 5

3 5

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Sumber: sinarplus.sinarharian

Previous articleKereta Shuk Sahar ‘T3rjun’ Masuk Parit, Netizen Tanya Doa Siapa Termakbul?
Next articleLagi Sekali Khabar Angin Nissa Sabyan & Ayus Dah Kahwin Tarik Perhatian
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here