Pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose baru sahaja mengumumkan berita gembira kepada semua peminat apabila mengakui sudah sebulan mendirikan rumah tangga.
Memilih tarikh 5 November 2021 sebagai hari bahagia mereka, pasangan tersebut sama sekali tidak berniat merahsiakan majlis pernikahan, namun perlu berbuat demikian kerana menghormati hak eksklusif pihak Astro.
Doa ketika umrah
Dalam banyak-banyak pertanyaan semasa sidang media program Walimatul Urus Kamal dan Uqasha, pelakon wanita itu ada menceritakan momen dimana dia terbuka hati menerima Kamal sebagai suami.
View this post on Instagram
Menurut Uqasha, selepas membintangi drama bersiri Selepas Terlafaznya Akad, dia dalam proses mengenali hati budi Kamal dan ketika itu dia mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.
Disana, pelakon berkenaan mengakui memohon agar jodohnya dikuatkan andai benar Kamal ditakdirkan untuknya sebagai seorang suami.
View this post on Instagram
Nak bulan madu di Tanah Suci
Syukur Alhamdulillah, doa tersebut dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan mereka sah mendirikan rumah tangga pada bulan lalu secara tertutup.
Jadi, disebabkan itu, pasangan pengantin baru terbabit mengambil keputusan untuk berbulan madu ke Tanah Suci dengan menunaikan umrah sebagai satu bentuk rasa syukur kepada Maha Pencipta diatas anugerah yang sangat berharga ini.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: Instagram astrogempak, uqashasenrose, kashalover.ka_us