Home Hiburan “Uqasha & Kamal Bulan Madu di Tanah Suci”- Kerjakan Umrah Untuk Luah...

“Uqasha & Kamal Bulan Madu di Tanah Suci”- Kerjakan Umrah Untuk Luah Rasa Syukur

153
0

Pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose baru sahaja mengumumkan berita gembira kepada semua peminat apabila mengakui sudah sebulan mendirikan rumah tangga.

Memilih tarikh 5 November 2021 sebagai hari bahagia mereka, pasangan tersebut sama sekali tidak berniat merahsiakan majlis pernikahan, namun perlu berbuat demikian kerana menghormati hak eksklusif pihak Astro.

Doa ketika umrah

Dalam banyak-banyak pertanyaan semasa sidang media program Walimatul Urus Kamal dan Uqasha, pelakon wanita itu ada menceritakan momen dimana dia terbuka hati menerima Kamal sebagai suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Menurut Uqasha, selepas membintangi drama bersiri Selepas Terlafaznya Akad, dia dalam proses mengenali hati budi Kamal dan ketika itu dia mengambil keputusan untuk menunaikan umrah.

Disana, pelakon berkenaan mengakui memohon agar jodohnya dikuatkan andai benar Kamal ditakdirkan untuknya sebagai seorang suami.

Nak bulan madu di Tanah Suci

Syukur Alhamdulillah, doa tersebut dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan mereka sah mendirikan rumah tangga pada bulan lalu secara tertutup.

Jadi, disebabkan itu, pasangan pengantin baru terbabit mengambil keputusan untuk berbulan madu ke Tanah Suci dengan menunaikan umrah sebagai satu bentuk rasa syukur kepada Maha Pencipta diatas anugerah yang sangat berharga ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Instagram astrogempakuqashasenrose, kashalover.ka_us

Previous article“K4nser Saya Hil4ng!” – Elyana Kongsi Berita Gembira, Perju4ngan 11 Tahun Berhasil!
Next article“Nelydia Dan Raysha Tahu Segala Dugaan Dan Cabaran Sebelum Kahwin Dengan Kamal”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here