Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok athirahzaharii, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan seorang wanita yang terserempak dengan dua orang warga emas yang dipanggil ‘mak’ dan ‘ayah’ berjalan kaki di tepi jalan raya. Oleh itu, beliau terus pergi kepadanya dan menumpangkan mereka balik ke rumah. Namun reaksi ‘mak’ meminta beliau untuk kembali lagi ke rumahnya pada hari lain buat ramai yang sebak.
Netizen turut memberi komen mengenai situasi ini, mengatakan berasa sebak melihat wajah ‘mak’ dan ‘ayah’ kerana teringat akan ibubapa di rumah. Netizen juga mengucapkan terima kasih kepada wanita ini kerana bersikap prihatin dan baik terhadap mereka. Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 5.1M penonton, 751.4K sukaan dan 20.6K komen.
Baca lagi: Serik dih1na, tengok kesusahan mak ayah… anak muda gali ilmu bisnes seawal usia 15 tahun, buka kedai pertama sebelum ambil SPM!
Baca lagi: Misi berjaya, mak ayah akhirnya naik pelamin! Majlis kecil bertukar kenduri kahwin, pengantin tergamam ratusan mata memandang saat masuk dewan
Lihat klip durasi pendek dibawah:
View this post on Instagram
Wanita ini dikenali sebagai Athirah Zahari, telah menyiarkan lagi satu klip durasi pendek di mana beliau memohon maaf kepada pihak keluarga tersebut jika video klip itu membuatkan ahli keluarganya kurang selesa dan terguris dengan kata-kata negatif dari netizen. Beliau juga mengatakan ‘mak’ dan ‘ayah’ masih dibawah jagaan anak-anak dengan sempurna. Mereka turut menghadapi penyakit ‘nyanyuk’, disebabkan itulah mereka suka keluar berjalan di sekitar rumah.
Lihat klip durasi pendek permohonan maaf dari beliau:
Lihat apa juga kata orang ramai:
@Diniy Hakim: saya ada satu cita2 yang satu hari nanti saya mampu nk tlg org2 mcmni doakan saya ya dimurahkannrezeki
@Chrissy Cicy: please go and visit them if u have free time. God send u to them for a reason. please visit them
@Az: video ceni slalu ingatkan aku, yanh aku patut bersyukur yang aku masih ada mak ayah yg tampung aku utk hidup
@pikahsweet08: Aku nak sangat tolong orang tapi tak mampu..doakan aku diberikan rezeki lebih
@Mann: auto keluar air mata jantan, sy hrap awak dpt jenguk mereka skali skale ada hikmah Allah temukan awak dgn mereka
@sean: and now saya baru tahu harta bukan lah segalanya tetapi kasih sayang yang lebih berharga
@Amirul Suradi: Thank you kerana awak menjentik hati semua orang untuk buat kebaikan
@kak iekaa: tak sia2 kau tolong pak cik n mak cik tu, akan ada 1 keajaiban, datang rezeki yg tak terduga, sbb pernah brlaku pada driku, Dia nk tengok keiklasan kt
@plisgo: sometimes we feel like want to help but im too afraid bcs too many crimes atm and im alone
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram