Serik dih1na, tengok kesusahan mak ayah… anak muda gali ilmu bisnes seawal usia 15 tahun, buka kedai pertama sebelum ambil SPM!

PERNAH mengharungi kehidupan yang per1t dan ‘berduri’ menjadikan seseorang individu lebih kuat di masa hadapan.

Seperti yang dilalui wanita berusia 27 tahun ini, kehidupan lalu yang penuh ranjau mendorong dia membina empayar sendiri sejak di bangku sekolah.

Ketika dihubungi mStar, Nur Fazieladatul Atikah Mohd Afandi memberitahu, dia memulakan bisnes kecil-kecilan seawal usia 15 tahun walaupun ketika itu masih bersekolah di tingkatan tiga.

Ujar anak jati Dungun Terengganu ini, langkah berkenaan diambil selepas melihat kesusahan yang dialami ayah Mohd Afandi Misran dan ibunya, Normala Nawawi.

“Kami sangat susah semasa kecil… mak, ayah hanya jual burger dan masa tu ada motor sahaja untuk bergerak. Ketika mereka pergi berniaga, saya selaku anak sulung akan menjaga adik-adik.

“Disebabkan melihat kesusahan mak dan ayah yang letih apabila pulang berniaga, saya akan siap-siap kemas rumah. Malah, makanan pun siap dihidangkan untuk mereka.

“Jadi, semasa berada di tingkatan 3, saya nekad untuk berusaha sendiri dan membantu keluarga. Saya belajar cara untuk berbisnes daripada mak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ika bersama seluruh ahli keluarganya.

“Dengan berbekalkan modal RM300 hasil tabungan duit belanja sekolah yang diberikan mak ayah, saya buka bisnes di Pasar Dungun dan pasar malam dengan menjual kanta lekap. Bila dah semakin baik, saya tambah produk seperti minyak wangi dan alatan kosmetik.

“Lepas tu saya tambah lagi barang untuk dijual di pasar minggu, waktu cuti sekolah saya akan jual di pasar pagi dan pada sebelah petang selepas balik sekolah saya akan berniaga di pasar malam pula,” ujarnya yang kini sudah menjalankan perniagaan selama lebih 10 tahun.

Kedai pakaian dan barangan wanita berjaya dibuka pada tahun ini.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, usaha keras yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil.

Malah katanya, berkat kesabaran dia berjaya membuka kedai sendiri ketika berusia 17 tahun iaitu beberapa bulan sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Mengakui pernah ‘dilambung ombak’ sepanjang tempoh perniagaan, ujar usahawan muda ini, bisnes yang dibina hampir jatuh sekitar tahun 2016 dan 2017.

Antara produk yang dijualnya.

“Saya mendirikan rumah tangga pada usia 18 tahun dan semasa mengandung anak sulung pada 2015, saya alami al4han yang tervk. Akibatnya, bisnes yang sedang meningkat naik diuji, tambahan pula pada masa itu saya dalam proses besarkan kedai kosmetik.

“Sekitar September 2015, saya berada dalam pantang dan tidak dapat fokus kepada bisnes. Ia menyebabkan perniagaan semakin mer0sot,” luahnya sayu.

Namun, dia yang mesra dipanggil Ika tidak pernah berputus asa walaupun berhadapan dengan tekanan yang kuat.

Walaupun sedang sarat dan kandungan di usia lapan bulan, saya tetap kuat bekerja dan sanggup turun berniaga di bazar Ramadan kerana pelanggan ramai.

NUR FAZIELADATUL ATIKAH

Berbekal semangat yang ada, dia kembali mengatur strategi untuk memulihkan perniagaan.

“Alhamdulillah pada 2018 bisnes saya kembali pulih. Pada masa tu saya sedang mengandungkan anak kedua, tak sangka pula akan jadi lebih bersemangat untuk kembali menguruskan perniagaan.

“Walaupun sedang sarat dan kandungan di usia lapan bulan, saya tetap kuat bekerja dan sanggup turun berniaga di bazar Ramadan kerana pelanggan ramai,” ujarnya yang turut bersyukur kerana rezeki semakin melimpah ruah selepas anak kedua dilahirkan.

Katanya, sejak daripada itu, kedainya semakin dikenali sehingga mampu membuka cawangan yang dikenali Eeqarich Beauty & Boutique awal tahun ini.

Kereta dihadiahkan demi membalas jasa dan pengorbanan kedua orang tuanya.

Menyedari setiap kejayaannya bermula daripada dorongan ibu dan ayah, Ika berkata, dia mahu membalas jasa kedua orang tuanya.

“Tahun ini saya nak kongsikan kejayaan saya dengan emak dan ayah yang bersusah payah membesarkan saya daripada kecil. Alhamdulillah saya dapat hadiahkan kereta baru jenis Volkswagen Tiguan bagi menggantikan Perodua Kelisa ayah.

“Mak ayah banyak support saya dari awal bisnes dulu,” ujarnya yang turut sebak mengenangkan kesusahan yang dilalui kedua orang tuanya.

Tambahnya, kejayaan yang dimiliki sekali gus dapat membuktikan kepada orang sekeliling yang pernah mengh1na keluarganya dahulu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*