Home Hiburan Tiga Tahun Rahsia Identiti , Akhirnya Myra Natasya Dedah Dia Anak Halim...

Tiga Tahun Rahsia Identiti , Akhirnya Myra Natasya Dedah Dia Anak Halim Othman

203
0

Pemilik nama Myra Natasya yang mula bertapak dalam dunia seni hiburan tanah air sejak tiga tahun lalu itu selesa mengunci rapat identiti dirinya adalah anak tunggal kepada bekas penyampai terkenal, Halim Othman.

Pernah mengendalikan Didik TV dan drama Republic Of Gombak tayangan TV3, wanita berusia 27 tahun itu merasakan sudah tiba masa yang sesuai untuk dia mendedahkan latar belakang keluarganya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myra Natasya (@myra.natasyaa)


Walaupun masih bertatih mengembangkan kerjayanya, Myra bagaimanapun berpuas hati kerana sepanjang pembabitannya dalam bidang pengacaraan dan lakonan, semuanya dilakukan dengan berdiri atas kaki sendiri.

“Tiga tahun saya simpan kemas identiti ayah sebab hormatkan dia yang terlebih dahulu dikenali sebagai penyampai radio dan pengacara. Saya tidak pernah buka mulut untuk bercerita mengenai kisah peribadi dan keluarga.

“Awal pembabitan dalam bidang seni pun ayah tak berapa setuju sebab bimbangkan saya. Tapi, selepas dia menonton saya mengacarakan Didik TV, dia akhirnya berkongsi ilmu.

“Dia pun bangga sebab saya berusaha untuk memulakan karier dengan mempertaruhkan bakat tanpa bergantung pada namanya. Saya sayang dan menghormati dia,” katanya kepada Harian Metro.

Keputusan untuk mendedahkan identiti sebenarnya terlebih dahulu dimaklumkan kepada ayahnya. Kata Myra, dia akan beritahu perkara sebenar sekiranya ada individu yang bertanya inginkan pengesahan daripadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myra Natasya (@myra.natasyaa)


“Hubungan kami memang baik walaupun saya tahu dia tak berapa selesa untuk bercerita mengenai kisah peribadinya kepada media. Kalau dia bercakap pun lebih banyak mengenai isu semasa atau politik.

Sumber Remaja

“Tetapi saya sudah maklumkan ayah bahawa saya akan beritahu siapa saja apabila ada yang bertanya. Dia faham dan mendoakan agar saya berjaya dalam karier,” katanya.

Selain pengacaraan dan lakonan, pemilik nama sebenar Yusmyra Natasya itu juga adalah salah seorang tenaga pengajar sukan sorak untuk beberapa sekolah menerusi syarikat yang ditubuhkannya.

Myra adalah anak Halim bersama bekas isterinya, Yusnita Omar. -CARI

Previous articleAllahuakbar! Paras 0ksigen anak menurun, Amyra Rosli segera dipanggil ke h0spital
Next article“Lebih 10 Tak Boleh” – Terpaksa Beratur Panjang, Ada Yang Rayu Cef Ammar Hadkan Jualan? Bimbang Kalau…
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here