Home Hiburan “Lebih 10 Tak Boleh” – Terpaksa Beratur Panjang, Ada Yang Rayu Cef...

“Lebih 10 Tak Boleh” – Terpaksa Beratur Panjang, Ada Yang Rayu Cef Ammar Hadkan Jualan? Bimbang Kalau…

204
0

Selepas k3coh dengan dakw4an menjual makanan dengan harga mahal, Cef Ammar sekali lagu mencvri tumpuan.

Berbezanya kali ini, isu yang dib4ngkitkan adalah kuantiti makanan yang perlu dijual buat pelanggan.

Isu tersebut muncul apabila seorang lelaki menegur Cef Ammar supaya tidak menjual makanan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

Ini kerana, dikhuatiri orang ramai yang beratur lama di belakang tidak dapat merasai nasi arab premium berkenaan.

“Lebih 10 tak boleh, you kena bagi peluang dekat yang lain-lain juga,” kata individu tersebut menerusi sebuah video yang tular.

Pun begitu, menerusi ruang komen, kebanyakan netizen dilihat tidak bersetuju dengan teguran berkenaan.

Dakwa mereka, Cef Ammar berniaga dan bukannya mengagihkan bantuan makanan.

Oleh itu, setiap pelanggan mempunyai hak untuk membeli berapa saja kuantiti dikehendaki.

“Cef bagi je lah senduk tu, suruh diorang masak sendiri, banyak eh complain itu ini”.

“Kedai dia suka hati dia lah”.

“Jual banyak pun jadi isu, siapa cepat dia dapat la bang,” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, Cef Ammar menerusi satu sesi live di TikTok menerangkan mengapa juadah jualannya mungkin mahal berbanding peniaga yang lain.

Menurut Cef Ammar, setiap bahan yang digunakan untuk memasak nasi arab adalah bahan yang premium dan berkualiti tinggi.

Saiz lamb shank juga menjadi keutamaan buat Cef Ammar supaya pembeli puas untuk makan. Jadi setiap lamb shank perlu lulus piawaian yang ditetapkan oleh Cef Ammar.

Cef Ammar turut berkata, kebersihan dan keikhlasan adalah keutamaan ketika menyediakan juadah.

Sumber: Gempak

Previous articleTiga Tahun Rahsia Identiti , Akhirnya Myra Natasya Dedah Dia Anak Halim Othman
Next article“Doakan Agar Urusan Kami Dipermudahkan”- Zulin Aziz Tunai Umrah Bersama Suami
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here