SHAH ALAM – Pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park Seksyen U16, di sini, semalam tidak memiliki Perakam Data Penerbangan (Aircraft Data Recorder), tidak seperti pesawat komersial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, sebaliknya pesawat ringan itu hanya mempunyai kotak Perakam Data Kokpit (Cockpit Data Recorder) dan ia ditemui malam semalam.
“Pesawat ringan sebegini memang tidak ada bahan (Perakam Data Penerbangan) itu yang kita gigih cari sejak semalam. Jadi ia sudah diambil ( Perakam Data Kokpit) untuk membantu siasatan lewat malam tadi.”
“Kotak itu telah ditemui di lokasi spesifik bangkai pesawat terhempas itu oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Udara kita,” katanya, dalam sidang media pagi ini di lokasi kejadian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini pencarian kotak hitam pesawat itu.
Semalam sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang termasuk dua kru terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park.
Dalam kejadian jam 2.48 petang itu semua yang berada dalam pesawat tersebut terkorban manakal dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu e-hailing meninggal dunia.
Lihat klip video di bawah:
Sumber: Youtube
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.