Sejak dua menjak ini, panas mengenai isu Syamsul Yusof dan isteri, Puteri Sarah apabila nama Yusof dikaitkan dengan Ira Kazar. Terdapat banyak sumber yang mereka sudahpun melangsungkan perkahwinan di Thailand. Namun, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi oleh pelakon dan pengarah terkenal itu.
Berikutan konflik ini, ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan perasaan dipercayai berkenaan konflik rumah tanggan anaknya itu bersama isteri yang juga pelakon terkenal, Puteri Sarah.
Menerusi satu kongsian di Instastory, Datin Patimah berkata yang tiada kemaafan bagi individu yang cuba merosakkan keharmonian dan kebahagian dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Postingan itu membuatkan netizen tertanya-tanya dan merasakan yang dia sedang memerli Ira Kazar yang sedang hangat diperkatakan netizen ketika ini.
Pada masa yang sama, Datin Patimah juga memuat naik foto anaknya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah bersama anak sulung mereka, Syaikhul Islam. Justeru, melalui postingan tersebut jelas menunjukkan yang Datin Patimah amat menyayangi hubungan baik antara anak dan menantu kesayangannya yang cukup cantik, cukup sempurna itu.
Moga dipermudahkan urusan bagi pasangan sama cantik sama padan ini. Harapnya ia dapat diselesaikan dengan cepat dan lancar bagi kebaikan semua.
Peminat doakan yang terbaik untuk Syamsul Yusof dan Puteri Sarah. Jangan lupa komen yang baik-baik yaaa..