Biarpun tidak berkongsi usia kandungan, selebriti Noor Neelofa seakan sedang menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnya.
Sarat mengandung
View this post on Instagram
Biarpun sedang sarat hamil, Neelofa masih aktif turun padang menghulurkan bantuan kepada individu yang dalam kesusahan.
Menerusi Instagram @lofa.page, Neelofa dan Pertubuhan Kasih Neelofa tampil meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Bukit Lanchong, Selangor.
Mengenakan jubah berwarna biru gelap, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ditemani suami tercinta, Haris Ismail atau PU Riz.
Masih ligat bekerja
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan kegigihan dan semangat pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot biarpun sedang menghitung hari. Dalam pada itu, pengikut turut mendoakan agar Allah permudahkan urusan bersalin nanti.
Haih jaga diri. Dah sarat sangat tu masih cergas bekerja.
Macam tak larat sangat dah. Tapi masih lagi semangat.
Semoga Neelofa dan baby sentiasa sihat. Amin.
Nampak sarat dah tu. Rajin berjalan senang bersalin nanti.
Baru-baru ini, Neelofa akhirnya membuka mulut berkongsi fasa terakhir kehamilan.
Bagaimanapun, PU Riz enggan mendedahkan usia kandungan, hanya memaklumkan kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi pertamanya.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber: Instagram @lofa.page via OHBUlan