Home Hiburan Mawar Karim Akhirnya Jawab Komen Sebab Sebenar Dia Kongsi Gambar Anak Keseorangan...

Mawar Karim Akhirnya Jawab Komen Sebab Sebenar Dia Kongsi Gambar Anak Keseorangan Masa Fizo Dan Isteri Bercuti

263
0

Bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Mawar Karim mendakwa anak perempuanya Wan Maryam ‘tidak gembira’ sewaktu bercuti di Johor Bahru bersama ayah dan ibu tirinya baru-baru ini.

Indah khabar dari rupa

Menerusi Instagram Story Mawar, usahawan ini dilihat memuat naik foto anaknya ‘keseorangan’ ketika berada di Legoland.

Menurut Mawar, dia tidak mampu meluahkan apa-apa perkataan tatkala melihat foto Maryam ‘bersandar’ di satu sudut seorang diri.

Tambahnya, dia tidak terfikir bahawa anaknya itu tidak mempunyai rasa takut.

1 373

Bukan itu sahaja, Mawar turut menyatakan bahawa anak perempuan tidak pernah tinggal berasingan dengan ibunya, tidak kira berapa jauh jarak antara mereka.

Mawar turut meletakkan tanda pagar ‘indah khabar dari rupa’ di posting berkenaan.

Menerusi kapsyen dan tanda pagar tersebut, rata-rata netizen mendakwa Mawar merasakan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti bersama Fizo dan isterinya, Fazeera.

Di samping itu, kapsyen Mawar seolah-olah memberi gambaran bahawa dia dan Maryam tidak boleh hidup berasingan walau apa jua keadaan.

Sosial media dan kehidupan sebenar

Selepas memuat naik posting yang pertama, Mawar dilihat memuat naik posting kedua beserta kapsyen ‘media sosial vs kehidupan realiti’.

Tidak dapat dipastikan apa yang ingin disampaikan oleh Mawar, namun ianya dikatakan berkait rapat dengan perkongsian terdahulu berkenaan percutian anaknya ke Johor.

1 374

Terdahulu, Fizo dan Fazeera selamat disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Kakak Fizo ‘Balas’ Balik

Namun, menerusi akaun Instagram kakak kepada Fizo, dia seakan-akan ‘membalas’ dakwaan Mawar mengenai salah faham tersebut dengan mengatakan tidak mungkin mahu meninggalkan budak kecil berseorangan.

“Most of the ride kat Legoland ni utk budak2. So these are our VVIP yg nak kena dijaga. Eh takkan lah nak tinggal pulak..” katanya.

1 375

Reaksi Terbaru Dari Mawar Karim

1 376

Kredit : OB/IG

Sebelum ini Mawar pernah memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

“Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar.

Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.

“Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita,” ujarnya.

Selain daripada itu, apa yang menarik perhatian netizen juga adalah Fazeera kini seperti sedang hamil kerana menerusi ruangan komen pada foto percutian mereka, netizen bertanya ‘baby bump’ yang kelihatan pada perut isteri Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36.

1 377

Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah bernikah dengan usahawan Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Lelaki perlukan perempuan – Fizo Omar
DARI raut wajah dan setiap kerlipan matanya sahaja, lelaki dengan nama lengkap, Wan Hafizol Wan Omar, 36, itu terlihat bahagia.

Dia bahagia menjawat peranan suami buat kali kedua. Dia juga bahagia kembali mempunyai isteri selepas dua tahun hidup ‘menduda’.

Ungkap Fizo, sekitar sebulan bergelar suami kepada Fazeera Nazri Aziz, 25, banyak perihal yang dipelajari, terutama dalam bab menguruskan bahtera rumah tangga.

“Alhamdulillah. Dua tahun duduk dalam ‘showroom’ lama sangat, baru sebulan lebih kahwin, saya rasa ada orang jaga. Itu satu. Kemudian, rasa seronok apabila ada tulang belakang.

“Sebagai seorang lelaki, berjaya macam mana sekalipun, kaya macam mana sekalipun, saya percaya, kita tetap perlukan perempuan.

Tak payah sombong, tak payah berlagak,” katanya saat ditemui penulis di FV ATV Park, Bidaisari Resort, Janda Baik Isnin lalu.

FIZO mengakui, realitinya, semua lelaki sangat memerlukan kehadiran seorang wanita dalam kehidupan.

‘She’s the one’
Katanya, keperibadian isterinya, Fazeera membuatkan hatinya terpana sekaligus membulatkan keputusan untuk sekali lagi berumah tangga.

“Istimewanya isteri, dia orang yang biasa-biasa dan dia tak pandang pun saya ini Fizo Omar, orang popular, artis dan sebagainya.

Seperkara lagi, dia sangat pentingkan nilai kekeluargaan. Sangat ‘family-oriented’ dan sangat rapat dengan mak saya.

“Dengan anak saya, Maryam dia terlalu rapat hinggakan waktu kami baru berkenalan sekitar awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Maryam tak nak jumpa saya, dia nak berkepit dengan Auntie Faz (Fazeera) sahaja!,” ujar Fizo bersama segaris senyuman terukir di bibirnya.

Kata anak seni kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, walaupun Fazeera baru berusia 25 tahun, dia seorang wanita yang sangat matang.

“Orang usia 25 tahun tetap akan berperangai seperti usia begitu. Tetapi, Fazeera tahu bawa diri.

Mungkin pengalaman bekerja di awan biru sebagai seorang pramugari dan selalu berada di luar negara membuatkan dirinya sangat memahami dan matang.

“Apa pun, seorang suami tetap perlu mengetuai rumah tangga.

Orang putih cakap, suami kena lead the show. Pengalaman saya yang pernah berkahwin sebelum ini banyak membantu perkahwinan sekarang baru berusia sebulan lebih.

“Saya tak cakap dia matang sempurna dari semua sudut itu tapi pada usianya sekarang, dia sangat bagus dan memahami.

Naluri ibu dia sangat kuat dan sebab itu saya fikir, she’s the one (dialah orangnya),” kata Fizo.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:OB/IG

Previous article[VIDEO]“Dayyan Tak Pernah Tak Lawak”-Anak Black Cuba Makan Tiram
Next articleTengah Sarat Hamil, Peminat Puji Neelofa Masih Ligat Bekerja – ‘Rajin Berjalan Senang Bersalin Nanti’
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here